Pakar: Ekonomi S'pura mampu kekalkan stabil
Kabinet punya pemimpin lain yang berpengalaman meski kini tanpa Menteri Kewangan
May 14, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA mempunyai asas kukuh bagi memastikan ekonomi dan pasaran tidak terjejas setelah Menteri Kewangan Heng Swee Keat dimasukkan ke hospital, kata ahli ekonomi dan peniaga kepada akhbar The Business Times kelmarin.
Encik Heng rebah ekoran angin ahmar di mesyuarat Kabinet kelmarin.