Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar falak: Sukar cerap anak bulan kerana S'pura berawan tebal, kecil

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



KEADAAN atmosfera Singapura yang sering berawan tebal, kedudukan geografi serta saiz negara ini yang kecil membuatkan pencerapan anak bulan sukar dilakukan bagi menentukan tarikh khusus Islam.



Justeru Singapura bergantung hampir 100 peratus pada kaedah yang dipersetujui oleh negara-negara Mabims (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) bagi menentukan sama ada anak bulan boleh kelihatan atau tidak dan perkiraan mengikut ilmu falak.



Ini berbanding daripada negara Mabims lain, yang masih mempunyai peluang melihat anak bulan, walaupun menggunakan kaedah sama.



Perkara ini boleh menyebabkan perbezaan dari segi penentuan tarikh tertentu, seperti Hari Raya atau permulaan bulan Islam, misalnya 1 Zulhijah.



Singapura menggunakan kaedah yang dipersetujui oleh negara-negara Mabims itu sejak 1970-an, berdasarkan kaedah ijtihadiyyah, yang ditetapkan hasil daripada perbincangan/pengamatan pakar falak di empat negara tersebut.



Perkara tersebut didedahkan semalam dalam satu sidang media yang dianggotai Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris; Ustaz Dr Firdaus Yahya, anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); dan Encik Faizal Othman, Timbalan Pengarah Muis.



Kededua Ustaz Dr Firdaus dan Encik Faizal merupakan pakar ilmu falak, dan kesemua anggota panel itu terlibat dalam proses kajian dan penentuan tarikh-tarikh Islam di Singapura.



Menurut Ustaz Dr Firdaus, kriteria penentuan tersebut - yang dinamakan imkan ar-rukyah - berdasarkan dua parameter ketika matahari tenggelam: jarak antara matahari dan anak bulan, yang perlu melebihi 6.4 darjah, serta jarak antara ufuk dan anak bulan, yang perlu melebihi 3 darjah.



Jika kriteria tersebut tidak dipenuhi, anak bulan dianggap tidak kelihatan, menurut beliau.



Meskipun berada dalam rantau sama dengan negara Mabims lain, Singapura tidak perlu mengikut penentuan tarikh negara jiran, tambahnya.



"Persoalan yang biasanya diutarakan ialah mengapa Singapura tak ikut Malaysia dan Indonesia dalam penentuan awal bulan.



"Tak ada tuntutan dalam Islam untuk sesebuah negara mengikut ketentuan anak bulan negara jiran.



"Malah Nabi saw sendiri menggalakkan negara-negara ikut rukyah sendiri, contohnya kalau lihat anak bulan boleh mula berpuasa, kalau tidak tak perlu berpuasa," kata Ustaz Dr Firdaus semasa ditemui selepas sidang media tersebut.



Beliau turut menekankan pentingnya mengikut kepimpinan negara sendiri dan tidak bergantung pada kepimpinan negara lain.



"Kita perlu hargai kesatuan dan bukan perpecahan. Islam menetapkan bahawa ketentuan sesebuah negara bergantung pada pemimpinnya atau, ulul amri, maka kita perlu taat pada ulul amri ini dan bukan pemimpin negara lain, untuk elakkan perpecahan," ujar Ustaz Dr Firdaus.



Pada 2017, Singapura berbincang dengan negara-negara Mabims untuk mengemas kini kriteria imkan ar-Rukyah kepada kriteria lebih baik, hasil daripada lebih 700 data pencerapan hilal yang terkumpul dari seluruh dunia melalui mata kasar dan teleskop.




"Kita perlu hargai kesatuan dan bukan perpecahan. Islam menetapkan bahawa ketentuan sesebuah negara bergantung pada pemimpinnya atau, ulul amri, maka kita perlu taat pada ulul amri ini dan bukan pemimpin negara lain, untuk elakkan perpecahan."
- Ustaz Dr Firdaus Yahya.




KAEDAH YANG DIGUNAKAN SINGAPURA BAGI TENTUKAN TARIKH



Kaedah yang dipersetujui negara-negara Mabims (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura)



- Perkiraan atau hisab berdasarkan ilmu falak



- Kaedah 'imkan ar-rukyah' untuk menentukan apakah anak bulan boleh kelihatan



- Ia berdasarkan dua parameter ketika matahari tenggelam: jarak antara matahari dan anak bulan, yang perlu melebihi 6.4 darjah, serta jarak antara ufuk dan anak bulan, yang perlu melebihi 3 darjah



- Jika kriteria tersebut tidak dipenuhi, anak bulan dianggap tidak kelihatan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >