Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Kesihatan awam terjaga walau golongan berkeperluan khas diberi ujian Covid-19 kurang intrusif

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



KESIHATAN awam tidak akan terjejas secara ketara sekiranya golongan berkeperluan khas tidak tahan dengan kaedah ujian Covid-19 tradisional, seperti swab hidung, diberi ujian kurang intrusif.



Demikian menurut pakar, menyusuli pengalaman penjaga orang tersayang mereka yang mengalami trauma akibat proses ujian itu.



Kelmarin, Profesor Madya Alex Cook, naib dekan penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, berkata:



"Apa jua protokol standardnya, mereka yang diberi tugas melaksana protokol itu juga perlu diberi kuasa dan tanggungjawab mentafsir protokol itu secara fleksibel.



"Contohnya, jika seseorang yang mempunyai keperluan khas benar-benar tidak dapat menangani swab hidung, ada pilihan lain, seperti breathalyser, atau ujian berdasarkan air liur."



Profesor Cook maklum bahawa ujian alternatif mungkin tidak setepat ujian reaksi rantai polimerase (PCR), tetapi berkata sistem Singapura cukup kukuh di mana kekurangan dari segi ketepatan boleh diterima buat beberapa kes khas.



Presiden Pertubuhan Jangkitan dan Mikrobiologi Klinikal Asia Pasifik, Profesor Paul Tambyah, berkata sementara ujian breathalyser mungkin tidak begitu tepat, ujian air liur di Singapura telah menunjukkan ia "sebaik dan mungkin lebih baik" daripada swab hidung.



Beliau juga mengemukakan idea menggunakan ujian najis sebagai pilihan berdaya maju bagi individu tidak dapat menjalani ujian swab.



"Kami mendapati pengawasan air sisa amat berkesan dalam mengesan penularan HDB, justeru mungkin ujian najis atau air sisa boleh menjadi cara tidak invasif akhirnya untuk menentukan apakah seseorang kurang upaya itu dijangkiti," ujar Profesor Tambyah.



Tentang apakah orang kurang upaya boleh terkecuali daripada ujian sepenuhnya, beliau berkata beberapa negara meletak mereka di bawah kuarantin secara berkumpulan selama 14 hari setelah mereka didedahkan kepada virus Covid-19, tetapi itu juga tidak mudah.



Anggota Parlimen Denise Phua, penyokong golongan kurang upaya, memberitahu akhbar The Straits Times tidak ada satu pendekatan yang dapat memenuhi keperluan semua orang kerana setiap keperluan berbeza, lantas memerlukan sokongan yang disesuaikan.



Beliau menambah bahawa Kementerian Pendidikan kini telah membuat pengaturan agar pelajar pendidikan khas diberi vaksin di sekolah mereka, tempat yang mereka biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >