Pakar: Koronavirus tidak mungkin dapat dibendung di serata dunia
Namun usaha Singapura boleh memperlambatkan penularan
Feb 26, 2020 | 05:30 AM
WABAK koronavirus telah menular secara meluas dan tidak boleh lagi dibendung, kata seorang profesor Harvard.
"Saya rasa virus ini sudah pun menular dengan pantas dan aktif di banyak tempat," kata Profesor Marc Lipsitch, pengarah Pusat bagi Dinamik Penyakit Berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan.