Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Kurang bukti kanak-kanak mudah dijangkiti varian baru

May 27, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT berkurangan bukti yang menunjukkan bahawa jenis virus yang kini menular lebih cenderung menjangkiti golongan kanak-kanak kata pakar, meskipun lebih daripada 40 pelajar dan murid daripada sekitar 30 sekolah telah dijangkiti Covid-19 sepanjang bulan lalu.



Disebabkan sekitaran kelompok seperti pusat tuisyen atau bas sekolah, terdapat lebih ramai kanak-kanak yang dijangkiti, kata pakar penyakit berjangkit, Profesor Paul Tambyah.



Kedua-dua tempat tersebut telah menjadi pusat bagi dua kelompok yang meluas, kata Timbalan Pengarah Program Penyelidikan Translasi Penyakit Berjangkit Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Peningkatan dalam jumlah jangkitan termasuk kelompok di pusat tuisyen Learning Point yang mencatat 28 kes sejak 21 Mei, lapor The Straits Times.



Pada hari yang sama, Singapura juga melaporkan kes pertama dengan virus itu menular di sekolah.



Meskipun begitu, bukti semasa juga tidak menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung dijangkiti varian B1617 berbanding virus yang asal.



Data rasmi daripada agensi berita Press Trust of India menunjukkan bahawa sebahagian kanak-kanak yang dijangkiti semasa gelombang pertama dan kedua wabak di India adalah serupa, kata Profesor Tambyah.



Profesor Madya Sylvie Alonso, pengarah bersama program yang sama di NUS, mengatakan bahawa ujian yang lebih agresif yang dijalankan bagi mereka dalam golongan usia lebih muda juga boleh menjadi alasan bahawa lebih banyak kes telah muncul.



"Kami melihat bahawa varian B1617 secara keseluruhan lebih mudah ditularkan daripada varian sebelumnya - kepada semua golongan usia - oleh itu ia mempengaruhi lebih ramai kanak-kanak juga," tambah Profesor Alonso.



Profesor Madya Hsu Li Yang, naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, mengatakan bahawa risiko penyakit teruk bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun jauh lebih rendah daripada pada orang dewasa.



"Bayi di bawah umur satu tahun dan kanak-kanak dengan penyakit seperti diabetes dan penyakit paru-paru kronik mungkin lebih cenderung menghidap Covid-19 yang teruk, tetapi secara amnya mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak cenderung dijangkit Covid-19 dengan teruk berbanding orang dewasa," katanya.



Bagaimanapun, terdapat keadaan yang jarang dan serius, yang dikenali sebagai sindrom keradangan multi-sistem - keadaan bahagian badan berlainan boleh menjadi radang - yang hanya dilihat pada kanak-kanak dan dikaitkan dengan jangkitan Covid-19, tetapi belum ada kes di Singapura, Profesor Hsu menambah.



Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mempunyai risiko yang kurang dijangkit, kata Profesor Hsu.



Namun, kanak-kanak kekal menjadi kaitan lemah dalam perjuangan Singapura menentang Covid-19.



Kanak-kanak kecil selalunya tidak menggunakan pelitup atau mematuhi langkah jarak selamat, kata Profesor Hsu.



"Walaupun mereka secara individu kurang berisiko mendapat penyakit serius atau menyebarkan virus, secara kolektif, risikonya akan bertambah - terutamanya di sekitaran seperti pusat tuisyen, kelas tambahan lain dan tempat permainan, di mana ramai kanak-kanak daripada pelbagai sekolah biasanya berkumpul," jelasnya.



Profesor Alonso pula berkata kanak-kanak yang dijangkit juga boleh menjadi pembawa dan pemancar virus tanpa menyedarinya kerana ramai antara mereka tidak mempunyai gejala.



Beliau menambah bahawa ini menjadi keprihatinan sekiranya mereka menyebarkan virus kepada golongan rentan di isi rumah mereka yang akan menjadi penyakit yang parah.



Profesor Tambyah berkata:



"Oleh itu, idea vaksinasi bagi golongan ini adalah cara melindungi mereka yang rentan."



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) minggu lalu telah memperluas kelulusan bagi mereka yang berusia 12 tahun hingga 15 tahun untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan mengumumkan bila golongan ini akan menerima vaksin mereka dalam masa akan datang.




"Kami melihat bahawa varian B1617 secara keseluruhan lebih mudah ditularkan daripada varian sebelumnya - kepada semua golongan usia - oleh itu ia mempengaruhi lebih ramai kanak-kanak juga."
- Profesor Madya Sylvie Alonso.



"Bayi di bawah umur satu tahun dan kanak-kanak dengan penyakit seperti diabetes dan penyakit paru-paru kronik mungkin lebih cenderung menghidap Covid-19 yang teruk, tetapi secara amnya mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak cenderung dijangkit Covid-19 dengan teruk berbanding orang dewasa."
- Profesor Madya Hsu Li Yang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >