Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar masakan Aziza Ali antara 14 masuk Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura

Mar 18, 2016 | 11:11 AM



PELOPOR konsep santapan mewah Melayu, Cik Aziza Ali, 66 tahun, salah seorang daripada 14 wanita yang disertakan ke dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura (SWHF) tahun ini.



Mereka - daripada atlet hingga diplomat - akan disertakan ke dalam SWHF hari ini oleh Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO). Empat daripada mereka diberi penghormatan itu secara anumerta.



Penaung SCWO, Cik Mary Tan, isteri Presiden Tony Tan Keng Yam, akan menyampaikan trofi kepada mereka dalam satu majlis jamuan malam gala di Hotel Shangri-La.



Cik Aziza mempopularkan konsep santapan mewah Melayu melalui restorannya, Aziza's, yang dibukanya pada 1979.



"Ia (SWHF) cara hebat untuk menghargai mereka yang berani melakukan perkara berbeza dalam cara berbeza," kata beliau.



"Kami melalui banyak cabaran. Ia menggalak anak muda supaya tidak berputus asa."



SWHF dilancarkan pada 2014 sebagai portal maya untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang wanita kepada Singapura. Seramai 108 wanita diberi penghormatan itu pada 2014 dan 11 tahun lalu.



Panel pemilihan dipengerusikan Duta Kelana Singapura, Profesor Tommy Koh.



Antara tokoh lain yang diberi penghormatan itu tahun ini ialah Cik Violet Oon, 66 tahun, yang memperjuangkan masakan Singapura di seluruh dunia sebagai tukang masak dan wartawan; Cik Mary Beatrice Klass, 80 tahun, yang mewakili Singapura di Sukan Olimpik Melbourne pada 1956; dan pakar bedah ortopedik Ang Swee Chai, yang bekerja di Lebanon semasa negara itu dilanda perang pada 1982, dan dianugerah Bintang Palestin bagi usahanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >