Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar pelaburan ramal 2016 lebih tidak menentu

Dec 14, 2015 | 11:31 AM



BEBERAPA pakar pelaburan dan kewangan di Singapura meramalkan ketaktentuan pasaran lebih tinggi pada 2016, dengan ekuiti dan bon berpotensi melihat pulangan lembap.


Ketua pegawai pelaburan (CIO) beberapa syarikat pelaburan besar berkata minggu lalu bahawa jawapan bagi persoalan prestasi pasaran tahun depan terletak pada dua soalan utama, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (14 Dis).


Pertama, dapatkah China menguasai kejatuhan kadar pertumbuhan?


Kedua, kata para CIO itu dalam satu perbincangan meja bundar anjuran Persatuan Pengurusan Pelaburan, ialah bagaimana kenaikan kadar faedah boleh memberi kesan kepada asas-asas ekonomi, seperti inflasi.


Pertumbuhan di China mungkin kurang sedikit daripada 7 peratus tahun ini. Tahun depan, beberapa peramal meramalkan pertumbuhan China lebih perlahan kepada kira-kira 6 peratus, paling lemah dalam tempoh 17 tahun.


Ketua pegawai pelaburan, ekuiti dan pelbagai aset di UOB Asset Management, Encik John Doyle, berkata beliau melihat ada peluang di China tetapi pelabur perlu "lebih berhati-hati".


Namun, pengarah uarusan ekuiti Asia Lazard Asset Management, Encik Manish Singhai, tetap tidak bimbang. Beliau berkata sebahagian daripada gangguan di China timbul kerana ia sedang cuba beralih daripada model pertumbuhan yang diterajui pelaburan.


Satu lagi keadaan penting yang boleh mempengaruhi pasaran pada 2016 ialah kenaikan kadar faedah, yang dijangka diumumkan minggu depan oleh Bank Rizab Amerika Syarikat.


Kebanyakan penganalisis menjangka kitaran kenaikan kadar tahun depan menjadi cetek, memandangkan kesan kenaikan nilai dolar Amerika yang kukuh dan ekonomi global yang lemah ke atas pertumbuhan dan eksport negara itu.


Dari segi ini, pakar-pakar percaya bahawa pelbagai kelas aset telahpun mengambil kira kenaikan kadar faedah.


Satu kawasan yang boleh kekal cerah ialah Asia Tenggara.


Masyarakat Ekonomi Asean akan berkuat kuasa tahun depan dan pakar pelaburan sedang melihat rantau ini dengan teliti.


Asean akan menjadi alternatif berdaya maju dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, terutama sedang daya saing eksport China merosot, kata Encik Singhai.


Pelabur Jepun dan Cina mengakui peluang ini dan seolah-olah berminat melabur dalam projek-projek prasarana di rantau ini, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >