Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pakar: Pemutus rangkaian jangkitan mungkin diulang lagi hingga adanya vaksin koronavirus

Apr 15, 2020 | 04:47 PM

SEDANG Singapura berusaha sedaya upaya untuk mengekang penularan virus Covid-19, satu strategi jangka panjang yang realistik bakal diterapkan yang melibatkan pelaksanaan langkah pemutus rangkaian jangkitan setiap beberapa bulan hingga vaksin koronavirus sudah dihasilkan, kata beberapa pakar.

Menurut laporan The Straits Times (ST), Singapura sedang menangani virus itu menerusi dua pendekatan iaitu, di asrama pekerja asing dan juga penyebaran melalui masyarakat setempat, kata Profesor Teo Yik Ying, dekan Sekolah Perubatan Awam Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Dalam satu seminar yang diadakan dalam talian pada semalam, anjuran Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (LKYSPP), Dr Teo berkata langkah 'pemutus litar' sepanjang sebulan ini yang telah mengarahkan penutupan sekolah dan tempat kerja bagi membendung penularan virus antara masyarakat setempat dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Namun apa yang lebih membimbangkan adalah kelompok jangkitan di asrama pekerja asing, katanya, dalam seminar itu yang juga merupakan sebahagian daripada siri bagi pemantauan kesan kesihatan awam ekoran wabak ini.

Sebab itu beberapa tempat telah diarah menjadi kawasan pengasingan yang turut disokong pasukan klinikal untuk memberi rawatan kepada pekerja asing yang telah dijangkiti virus itu manakala yang sihat, dipindahkan ke tempat yang mempunyai kepadatan manusia yang lebih kurang, jelas Dr Teo.

Beliau juga bertambah bahawa kemungkinan besar, langkah pemutus rangkaian jangkitan itu boleh dilaksanakan setiap "tiga atau empat bulan, supaya dapat membolehkan sistem kesihatan pulih."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3