Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar penyakit berjangkit bersuara tentang maklumat salah mengenai vaksin Covid-19

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pakar penyakit berjangkit kanan, Profesor Madya David Lye, telah bersuara tentang maklumat salah yang disebarkan mengenai vaksin Covid-19 oleh doktor, antara lain.



Dalam satu kiriman Facebook semalam yang berjudul "Mengapa kumpulan anti-vaksin dan sains palsu berbahaya dalam sebuah pandemik", penyelidik-klinisian di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) itu berkata beliau perlu memperbetulkan mesej dan petisyen tertentu yang sedang tersebar, yang telah menyebabkan beliau tidak dapat tidur malam.



Ini termasuk daripada sekumpulan doktor termasuk Dr Paul I.W. Yang, dan Dr Oon Chong Jin, seorang pakar barah swasta, katanya.



"Doktor dihormati dalam masyarakat kita, oleh itu nasihat mereka boleh mempengaruhi orang ramai untuk mengelakkan vaksinasi Covid-19. Kita harus berasa kecewa apabila doktor-doktor ini memetik pakar dan kajian antarabangsa yang meragukan, yang berpotensi mengelirukan orang ramai," katanya.



Antara lain, Prof Lye merujuk kepada surat terbuka oleh 12 doktor bulan lalu, yang kemudian ditarik balik oleh 11 daripada mereka, yang mendesak pemerintah agar memberi kanak-kanak di sini vaksin buatan China, Sinovac, kerana ia menggunakan teknologi vaksin dibunuh tradisional yang "terbukti selamat ", dan bukan vaksin mRNA Pfizer-BioNTech dan Moderna.



Mereka mendakwa tidak diketahui apakah kesan sampingan yang mungkin timbul 10 hingga 20 tahun kemudian daripada vaksin ini.



Buat masa ini, program vaksinasi awam Singapura hanya menggunakan vaksin Pfizer dan Moderna. Sinovac, yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah senarai penggunaan kecemasannya, hanya akan ditawarkan di beberapa klinik swasta di sini di bawah Laluan Akses Khas.



Mengenai memberi vaksin kepada golongan muda, Prof Lye berkata sedang mereka biasanya tidak mengalami jangkitan Covid-19 yang teruk kecuali jika mereka mempunyai masalah kesihatan, mereka membawa virus sebanyak orang dewasa jika dijangkiti, dan boleh menjangkiti orang dewasa dengan imuniti lemah dan orang dewasa yang lebih tua, yang boleh jatuh sakit .



Satu kajian di Britain menunjukkan Pfizer dan satu lagi vaksin oleh AstraZeneca mengurangkan penularan isi rumah sebanyak 50 hingga 60 peratus. "Doktor-doktor ini mendakwa bahawa vaksin mRNA tidak mengurangkan penularan," katanya.



Vaksin mRNA adalah antara vaksin yang paling berkesan untuk Covid-19, katanya. Ia mengurangkan Covid-19 bersimptom sebanyak 95 peratus, mengurangkan kemasukan ke hospital bagi bentuk penyakit itu yang teruk sebanyak lebih 90 peratus, dan mencegah penyebaran sebanyak lebih 60 peratus.



Ada banyak data dari Amerika Syarikat, Britain dan Israel mengenai keselamatannya, kata beliau.



"Yang penting, vaksin mRNA berkesan terhadap varian B117 (93 peratus), B1351 Afrika Selatan (75 hingga 90 peratus) dan B1617.2 (India) (88 peratus).



"Hampir tidak ada data mengenai Sinovac terhadap varian. Kajian makmal menunjukkan bahawa Sinovac mungkin tidak berfungsi dengan baik dalam varian B1128 Brazil dan B1351 Afrika Selatan."



Beliau berkata: "Walaupun doktor-doktor ini mendakwa Sinovac lebih baik daripada vaksin mRNA terhadap varian, ada sedikit data yang dapat mengesahkan bahawa ia berkesan bagi B1617.2, dan terdapat data yang menunjukkan ia kurang berkesan terhadap varian lain."



Mengenai dakwaan bahawa vaksin mRNA dibangunkan dengan cepat, Prof Lye berkata semua vaksin Covid-19 dibangunkan dengan cepat, dan "malah, Sinovac dan Sinopharm diluluskan di China sebelum percubaan selesai".



"Singapura dan China mempunyai hubungan yang kuat. Tidak ada alasan bagi Singapura untuk tidak meluluskan Sinovac. Tetapi kelulusan memerlukan data yang dinilai memadai, "katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >