Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar perubatan beri bimbingan bagi tangani virus berdasarkan bukti saintifik: Pengarah Perubatan MOH

Jul 06, 2020 | 12:11 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH), dengan rundingan bersama profesional perubatan, telah memberikan pendapat dan bimbingan profesional kepada Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, berdasarkan bukti saintifik dan situasi setempat berkaitan dengan Covid-19, kata Pengarah Perkhidmatan Perubatan MOH, Profesor Madya Kenneth Mak.



Ini termasuk memberi nasihat perubatan bagi pengurusan perubatan pekerja asing.


Pada Februari 2020, MOH telah diberitahu oleh Hospital Besar Changi (CGH) bahawa seorang majikan telah membawa pekerjanya ke bahagian A&E, meminta pekerjanya diuji bagi jangkitan Covid-19 dan bagi mendapatkan memo dari hospital untuk mengesahkan bahawa pekerja tersebut tidak dijangkiti Covid-19 dan sihat untuk bekerja.


Ini berlaku walaupun pekerja berada dalam keadaan sihat.


"Berdasarkan bukti saintifik yang ada pada waktu itu, panduan MOH adalah ujian Covid-19 harus dilakukan untuk pesakit dengan demam atau simptom pernafasan, jika ada sebab untuk menunjukkan risiko terkena jangkitan Covid-19 seperti sejarah perjalanan baru-baru ini ke Wuhan, China atau kontak rapat dengan kes Covid-19 yang disahkan," kata Profesor Mak dalam satu kenyataan Ahad malam (5 Julai).


Penilaian MOH juga ialah bahawa hospital tidak akan dapat mengesahkan seseorang sebagai bebas daripada jangkitan Covid-19 berdasarkan satu ujian PCR negatif, kerana pesakit mungkin berada dalam tempoh inkubasi untuk penyakit tersebut.


"Kami juga bimbang bahawa permintaan sedemikian ke atas institusi kesihatan kami boleh mengalihkan sumber penjagaan kesihatan kritikal daripada penjagaan dan rawatan pesakit yang tidak sihat," katanya.


Oleh itu, MOH meminta bantuan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memberitahu majikan bahawa hospital tidak dapat mengesahkan pekerja sedemikian.


Institusi penjagaan kesihatan juga diberi panduan mengenai keadaan di mana ujian untuk jangkitan Covid-19 diperlukan.


Nasihat MOH adalah bahawa majikan harus menghantar pekerja yang tidak sihat kepada doktor umum untuk mendapatkan rawatan perubatan.


Doktor umum akan membuat penilaian mengenai apakah pekerja harus dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan segera. Nasihat yang sama telah diberikan kepada semua orang awam pada masa itu, kata Profesor Mak. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >