Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar sains sosial, ketua media dilantik sebagai Felo S R Nathan

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Pengajian Dasar (IPS) semalam mengumumkan pelantikan saintis sosial, Dr Noeleen Heyzer dan ketua media, Encik Patrick Daniel, sebagai Felo S R Nathan bagi Kajian Singapura.



"Sebagai Felo S R Nathan, Dr Heyzer dan Encik Daniel akan memburu penyelidikan berkaitan dengan dasar awam dan pentadbiran di Singapura," menurut satu kenyataan IPS.



Dr Heyzer, mantan Setiausaha Agung Kedua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi Felo S R Nathan yang ke-10, manakala Encik Daniel, pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sementara SPH Media Trust, menjadi felo yang ke-11.



Pada November dan Disember ini, Dr Heyzer akan berucap mengenai pentadbiran berbilang hala dan masa depan Singapura.



Pada Februari dan Mac tahun depan pula, Encik Daniel akan menumpukan penyelidikannya dalam landskap media dan peranannya dalam kehidupan warga Singapura.



Kededuanya akan menyampaikan siri Ceramah IPS-Nathan di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Setelah itu, ceramah mereka akan disusun dan diterbitkan sebagai buku.



Ceramah IPS-Nathan adalah percuma dan dibuka kepada semua.



"Diadakan di NUS, ceramah tersebut merancakkan kehidupan intelek dan kebudayaan di kampus, serta meningkatkan kefahaman dan perbincangan mengenai isu kepentingan nasional dalam kalangan am," kata IPS.



Fellowship S R Nathan diumumkan pada 2013 di jamuan ulang tahun ke-25 IPS.



Anugerah itu mengiktiraf sumbangan unik Encik S R Nathan - Presiden ke-enam Singapura yang paling lama berkhidmat - kepada khidmat awam dan pembangunan Singapura.



Fellowship bagi Kajian Singapura itu bertujuan menyelidik dan mengkaji isu dan cabaran dasar, memupuk hubungan antara pemimpin pemikir, serta menyampaikan tugas institut itu kepada orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >