Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar sakit puan perintis dianugerah ijazah Doktor Kehormat oleh NUS

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



DR Oon Chiew Seng, salah seorang pakar obstetrik dan sakit puan (O&G) pertama di Singapura, dianugerah ijazah kehormatan daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) atas dedikasi sepanjang hayatnya terhadap pendidikan perubatan dan perkhidmatan awam.



Beliau juga mendirikan rumah jagaan demensia pertama Singapura setelah beliau bersara.



Semalam, wanita berusia 104 tahun itu, menerima ijazah kehormatan Doktor Persuratan yang disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob, yang juga Canselor NUS, dalam satu upacara di Pusat Kebudayaan Universiti di Kampus NUS Kent Ridge.



Dalam satu kenyataan media, NUS berkata penghormatan itu adalah sebagai penghargaan kepada pencapaian Dr Oon sebagai salah seorang pengamal perintis obstetrik dan sakit puan di Singapura, serta sumbangannya dalam kesihatan wanita, sains antipenuaan dan demensia.



Menurut satu laporan The Straits Times, Dr Oon, anak bongsu daripada 10 adik-beradik yang lahir di Penang pada 1916, merupakan seorang jururawat pada 1930-an.



Beliau kemudian belajar menjadi doktor di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan tamat pendidikan pada 1948.



Semasa Perang Dunia kedua, beliau meneruskan pelajarannya di India dan tinggal di sebuah flat bersama empat keluarga yang mempunyai 16 anak.



Semalam, Dr Oon berdiri dari tempat duduknya dengan sedikit bantuan untuk menerima ijazah kehormatannya daripada Puan Halimah.



Anak saudara Dr Oon, Dr Ong Chong Hau, menyampaikan ucapan Dr Oon bagi pihaknya.



Dalam ucapannya, Dr Oon berkata beliau gembira menerima pengiktirafan bagi kerja yang dilakukannya dan sumbangan selama 75 tahun kepada pembangunan masyarakat dan negara.



Dr Oon antara wanita pertama di rantau ini yang menyertai Maktab DiRaja Obstetrisian dan Ginekologi pada 1955.



Beliau juga pakar O&G pertama memulakan klinik peribadinya pada 1959 setelah meninggalkan Hospital Kandang Kerbau (sekarang Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK).



Dr Oon bersara pada 1991 pada usia 75 tahun.



Beliau kemudian membangunkan Apex Harmony Lodge, iaitu rumah jagaan bagi pesakit demensia, di Pasir Ris.



Melahirkan rasa senangnya menyampaikan ijazah kehormatan tersebut kepada Dr Oon, Puan Halimah, dalam satu pos yang dimuat naik ke Instagramnya menulis:



"Dr Oon mendedikasikan hidupnya berkhidmat kepada masyarakat dan memperbaiki kehidupan, daripada menjadi pakar O&G pertama hingga mendirikan rumah jagaan pertama bagi penduduk demensia di Singapura.



"Sekarang berusia 104 tahun, saya gembira melihat beliau masih kuat dan aktif pada usianya.



"Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Oon."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >