Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG AWAM JAWATANKUASA PILIHAN

Pakar teknologi tukil ujian cipta restoran palsu popular

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH restoran palsu telah berjaya menjadi sebuah restoran 'popular' di London dalam wadah reviu TripAdvisor tahun lalu.



Ini sebenarnya sebahagian 'ujian sosial' yang dilakukan seorang penulis laman Vice United Kingdom, Encik Oobah Butler, seorang mantan penulis reviu palsu.



Encik Butler mengambil gambar 'makanan' palsu dan menerbitkannya dalam talian, serta mendapatkan reviu palsu mengenai 'restorannya' di TripAdvisor.



Dalam masa enam bulan sahaja, 'restoran' itu muncul sebagai 'terbaik' dalam lebih 18,000 restoran London yang disenaraikan di TripAdvisor.



Kes ini ditimbulkan pengarah syarikat keselamatan Internet Trend Micro, Cik Myla Pilao, sebagai contoh betapa mudahnya untuk memperdaya pelanggan dan perniagaan.



"Ramai daripada kita yang melihat reviu untuk mempengaruhi proses membuat keputusan. Penjenayah siber juga sedar tentang perkara ini," ujar Cik Pilao.



Beliau berkata demikian di sidang awam Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian Disengajakan semalam.



Kes restoran palsu itu menunjukkan lebih mudah untuk memanipulasikan pandangan awam menerusi kempen 'propaganda siber', kata Cik Pilao.



Antara teknik yang digunakan dalam kempen seperti itu ialah bot atau 'ladang klik' untuk menjana minat tentang satu terbitan.



"Teknik ini telah terbukti amat berhasil. Malangnya tidak ada kawalan atau piawaian dalam wadah pengedaran ini untuk menarik perhatian tentang maklumat seperti ini," ujar Cik Pilao.



Anggota Jawatankuasa Pilihan, Encik Edwin Tong, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, pula berkata:



"Ini satu perkara yang jika tidak dikawal, boleh tersebar secara besar-besaran bagi tujuan politik atau kewangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >