Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar terapi pertuturan bantu kanak-kanak berkeperluan khas

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



SELAMA hampir lapan tahun, Cik Sethulakshmi Puzhekadavil Babu membantu kanak-kanak berkeperluan khas di sini yang mempunyai masalah pertuturan.



Pakar terapi perbualan itu sudah lima setengah tahun berkhidmat dalam program Khidmat Integrasi Masyarakat di AWWA yang menyediakan sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang menghadiri sekolah aliran utama menyesuaikan diri dengan sekitaran sekolah dan sekeliling mereka.



Sebelum itu, beliau, yang selesa dengan panggilan Lakshmi, pernah bekerja di Sekolah Metta, sebuah sekolah pendidikan khas di sini.



Berkongsi lebih lanjut, Cik Lakshmi, 34 tahun, berkata beliau berpindah ke Singapura dari Kerala, India, setelah tamat pengajian possiswazahnya pada 2013.



"Setahun sebelum itu, saya mendirikan rumah tangga dan suami saya sudah pun bekerja di sini pada waktu itu.



"Apabila saya datang ke sini, saya pun mula mencari peluang untuk bekerja.



"Saya berminat menyertai sektor perkhidmatan sosial dan membantu kanak-kanak berkeperluan khas, jadi, saya pun mula menghantar permohonan kerja kepada beberapa organisasi berbeza," tulisnya melalui e-mel.



Ibu dua anak lelaki yang berusia enam dan dua tahun itu telah mendapatkan ijazah Sarjana dan Sarjana Muda dalam Patologi Pertuturan dari Universiti Kerala dan Universiti Mysore di India sebelum datang ke Singapura.



"Meskipun saya terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan saya, saya bersyukur dapat menemukan tempat kerja yang sangat menyokong di Singapura.



"Melakukan sesuatu yang saya sangat minati juga amat penting bagi saya... keluarga saya pun gembira dengan keadaan saya," katanya.



Kini, antara tugas dan tanggungjawabnya termasuk menyediakan terapi perbualan bagi kanak-kanak berkeperluan khas sama ada di sekolah atau di rumah mereka.



Beliau juga bekerja rapat dengan ibu bapa, guru sekolah dan agensi berbeza yang membantu kanak-kanak itu.



Pengalamannya selama ini sangat positif, kongsi Cik Lakshmi.



Malah, beliau menganggap Singapura sebagai rumah keduanya.



"Budaya, masyarakat dan pemerintah di sini sangat hebat.



"Walaupun pada awalnya saya agak risau tentang bekerja di negara yang lain, saya percaya saya telah menerima banyak kebaikan di sini, sama ada daripada orang yang bekerja dengan saya mahupun dari klien serta keluarga yang saya sokong.



"Mungkin juga kerana saya bekerja dalam sektor khidmat sosial kerana kasih sayang dan kebaikan adalah 'bahasa umum' yang diamalkan di seluruh sektor ini, tanpa mengira kebangsaan atau budaya," ujar beliau.



Ditanya sama ada beliau pernah melalui pengalaman yang negatif di tempat kerja, Cik Lakshmi berkata beliau tidak dapat memikirkan sebarang pengalaman sebegitu.



Sebaliknya, "banyak pengalaman positif yang saya timba daripada bekerja dengan kanak-kanak, keluarga mereka dan sekolah".



"Keluarga di sini tidak berinteraksi dengan saya dengan prasangka bahawa saya merupakan warga asing.



"Mereka melihat saya dan ahli terapi asing lain sebagai orang yang mahu membantu dan menyokong mereka, dan saya cuba sedaya upaya untuk melakukan hal tersebut dengan mana-mana keluarga sekali pun," kongsi beliau.



Lebih daripada pengalaman di tempat tugas, Cik Lakshmi dan keluarganya yang sudah menetap di Sengkang selama tujuh tahun, mendapati tidak sukar menyesuaikan diri dengan masyarakat di Singapura.



"Suami saya berpindah ke Singapura sejak 2005 bagi pengajiannya, jadi beliau banyak membantu saya dalam mengalami aspek-aspek berbeza budaya di sini," kata beliau, sambil menambah rakan-rakan setugasnya juga banyak membantu dalam hal tersebut.



Kedua-dua anaknya juga menghadiri tadika setempat dan giat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kelab masyarakat berdekatan rumahnya bagi kanak-kanak di situ, untuk menyambut perayaan berbeza atau semasa Hari Kanak-kanak, kata Cik Lakshmi.



Melahirkan rasa bertuahnya dapat melalui pengalaman cukup positif di sini, beliau menambah:



"Saya rasa orang-orang Singapura sudah cukup baik melayan tenaga kerja asing. Saya tidak pernah ada satu pun pengalaman di mana saya tidak dilayan dengan baik hanya kerana saya orang asing.



"Bahkan, semua orang di sekeliling banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan perubahan di sini dan ini merupakan pengalaman yang sangat indah bagi saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >