Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK PERINGATAN ASEAN-KESATUAN EROPAH (EU)

Pakatan baru S'pura-EU pertingkat kerjasama dalam bidang digital

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



HUBUNGAN antara Singapura dengan Kesatuan Eropah akan berkembang ke alam digital di bawah satu pakatan baru.



Ia akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam isu seperti membolehkan pertukaran data yang selamat dan menggunakan penyelesaian digital untuk menjadikan rantaian bekalan lebih berdaya tahan.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, telah mengumumkan Perkongsian Digital Kesatuan Eropah dan Singapura kelmarin.



Mereka menyatakan bahawa pakatan yang akan datang itu mempunyai potensi transformatif untuk masa depan bagi kedua-dua ekonomi negara.



Dalam satu kenyataan bersama, kededua pemimpin itu menambah bahawa perkongsian tersebut juga akan membina kerjasama yang telah lama wujud antara kedua-dua pihak dalam bidang perdagangan, penyelidikan dan teknologi.



Perkongsian itu telah dicadangkan buat pertama kali pada Disember 2021 di mesyuarat jawatankuasa perdagangan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah dan Singapura.



Perkongsian itu bertujuan memajukan kerjasama mereka dalam pelbagai isu digital.



Ini termasuk kemudahan perdagangan, aliran data yang boleh dipercayai dan inovasi data, kepercayaan digital, piawaian, kemahiran digital untuk pekerja, dan transformasi digital perniagaan dan perkhidmatan awam.



Pakatan baru perkukuh rantaian bekalan, majukan pelbagai bidang



Perkongsian Digital Kesatuan Eropah (EU) dan Singapura itu akan memudahkan usaha bersama menjadikan rantaian bekalan lebih berdaya tahan dan memajukan bidang baru seperti 5G/6G, kecerdasan buatan (AI) dan identiti digital.



Kedua-dua pihak juga bersetuju dengan satu set prinsip perdagangan digital yang mencerminkan komitmen bersama terhadap ekonomi digital terbuka.



Ia bertujuan menyediakan rangka kerja bersama untuk meningkatkan perdagangan digital antara kedua-dua belah pihak dan dengan dunia.



"Kami berhasrat untuk membina prinsip ini bagi menggubal satu set peraturan perdagangan digital dua hala.



"Kami percaya bahawa penglibatan perdagangan digital yang berpandangan ke hadapan antara Kesatuan Eropah dan Singapura akan melengkapkan dan menyokong perundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang sedang berlangsung untuk melaksanakan peraturan global mengenai perdagangan elektronik," kata kedua-dua pemimpin dalam kenyataan itu.



Kenyataan tersebut dikeluarkan kelmarin berikutan pertemuan antara kedua-dua pemimpin di luar Sidang Puncak Peringatan Asean-EU di Brussels.



Dalam sidang tersebut, para pemimpin membincangkan situasi di Ukraine dan mencatatkan minat bersama dalam menyokong perdagangan bebas, multilateralisme, dan peraturan antarabangsa, kata setiausaha akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin.



Singapura dan EU juga mempunyai hubungan baik yang disokong oleh hubungan ekonomi yang kukuh.



Encik Lee menyatakan bahawa beliau yakin hubungan kukuh itu akan dipertingkatkan lagi dengan kerjasama dalam bidang digital, manakala perkongsian baru itu juga akan membuka jalan bagi keterhubungan digital yang lebih besar antara Asean dengan EU.



Encik Lee turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di luar sidang puncak itu.



Kelmarin, beliau telah bertemu Perdana Menteri Greece, Encik Kyriakos Mitsotakis; Perdana Menteri Republik Czech, Encik Petr Fiala; dan Presiden Lithuania, Encik Gitanas Nauseda.



Beliau juga bertemu Canselor Persekutuan Austria, Encik Karl Nehammer petang kelmarin.



Menurut Cik Chang, kedua-dua pemimpin menegaskan semula hubungan mesra yang telah lama wujud antara kedua-dua negara serta menyatakan potensinya meningkatkan kerjasama dua hala dan memperdalamkan penglibatan ekonomi.



Kunjungan Encik Lee ke Eropah bermula di bandar pelabuhan Kiel di utara Jerman, di mana beliau melancarkan dua kapal selam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) pada hari Isnin.



Beliau turut bertemu bersama Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, buat kali kedua dalam masa sebulan, sebelum beliau ke Brussels untuk menghadiri sidang puncak itu.




"Kami percaya bahawa penglibatan perdagangan digital yang berpandangan ke hadapan antara Kesatuan Eropah dan Singapura akan melengkapkan dan menyokong perundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang sedang berlangsung untuk melaksanakan peraturan global mengenai perdagangan elektronik."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, dalam satu kenyataan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >