Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej sokongan Covid-19 bernilai $800 juta buat firma dan pekerja termasuk lebih banyak subsidi gaji, bantuan sewa

May 28, 2021 | 04:25 PM



PAKEJ sokongan $800 juta termasuk subsidi pendapatan dipertingkat di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dan bantuan sewa akan diberi bagi membantu perniagaan dan pekerja menangani kesan sekatan Covid-19 yang diperketat.



Mengumumkan langkah ini pada Jumaat (28 Mei), Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata gimnasium, studio kecergasan dan pusat seni pementasan dan pendidikan seni yang terjejas akan mendapat 50 peratus sokongan pendapatan buat pekerja tempatan di bawah JSS.



Sektor yang tidak perlu menggantung operasi mereka tetapi amat terjejas dengan langkah sekatan ini akan juga menerima 30 peratus subsidi JSS.



Ini akan membantu peruncit, penyedia khidmat jagaan peribadi, muzium, balai seni, tapak bersejarah, pawagam, taman permainan tertutup dan pusat hiburan keluarga lain.



Namun, pasar raya, kedai mudah beli dan peruncit dalam talian tidak layak bagi sokongan pendapatan dipertingkat ini.



Majikan yang mewajibkan pekerja tempatan mengambil cuti tanpa gaji atau memberhentikan mereka juga tidak disertakan dalam skim ini.



Pelbagai langkah sokongan bagi mereka yang terjejas dengan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) mulai 16 Mei hingga 13 Jun tidak akan memerlukan pengeluaran tambahan rizab lalu.



Sebaliknya, mereka akan dibiaya menerusi peruntukan semula perbelanjaan kerana sesetengah perbelanjaan pembangunan boleh dimanfaatkan di bawah Rang Undang-Undang (Singa) Akta Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting, kata Kementerian Kewangan (MOF).



Rang Undang-Undang Bekalan Tambahan akan dibentangkan pada sidang Parlimen pada Julai ini bagi efek peruntukan semula perbelanjaan.



Bayar balik yang dipertingkat yang berdasarkan pendapatan pada April hingga Jun tahun ini akan diagihkan pada September, jelas MOF dalam kenyataannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >