Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej $870 juta sokong gaji staf sektor penerbangan

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



PAKEJ sokongan berjumlah $870 juta bagi sektor penerbangan yang teruk terjejas akan menawarkan subsidi gaji sehingga 50 peratus bagi pekerja setempat selama enam bulan lagi, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam.



Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) - yang akan dilanjutkan sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawannya kelmarin - menawarkan firma dalam sektor sokongan gaji sebanyak 30 peratus dari April hingga Jun, dan 10 peratus dari Julai hingga September.



Geran Pengekalan Tenaga Kerja Penerbangan yang berjumlah $330 juta, akan mempertingkatkannya kepada 50 peratus gaji dibayar kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap mulai April hingga September, kata MOT.



Ini bermakna firma yang layak akan menerima tambahan gaji 20 peratus yang dibayar kepada setiap pekerja tempatan mulai April hingga Jun, dan tambahan 40 peratus dari Julai hingga September.



Subsidi gaji diberikan dengan had sehingga $4,6000 gaji bulanan kasar.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata sektor penerbangan merupakan sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik, "jika tidak yang paling teruk terjejas" sedang lapangan terbang Changi dan pemegang saham kehilangan 97.5 peratus pelanggannya.



Sehingga akhir bulan Januari tahun ini, bilangan keseluruhan pergerakan penumpang di Changi ialah sekitar hanya 2 peratus daripada paras pra-Covid-19.



"Namun bagi negara seperti Singapura, hab udara adalah penting untuk menghubungkan kita dengan dunia lain dan terus menjadi kehidupan kita.



"Sokongan ini akan membantu Changi melayari krisis ini sedang kita meneroka cara lain untuk membuka semula sempadan dengan selamat," kata Encik Ong.



Dalam ucapan Belanjawannya, Encik Heng menekankan tentang perlunya sektor penerbangan kembali pulih sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan Singapura sebagai titik Asia dengan seluruh dunia.



Baki $540 juta di bawah Pakej Sokongan OneAviation akan disalurkan kepada bantuan kos, kata MOT.



Ini termasuk melanjutkan rebat sedia ada terhadap bayaran yang dikenakan di lapangan terbang Changi dan Seletar selama setahun lagi.



Rebat terhadap bayaran yang perlu dibayar juruterabang, pengawal trafik udara dan jurutera penyenggaraan pesawat juga akan dilanjutkan bagi setahun lagi.



"Pakej ini akan membantu syarikat penerbangan untuk mengekalkan keupayaan utama dan mengharungi krisis ini di samping mengekalkan kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan pos Covid-19," kata MOT lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >