Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: WARGA SINGAPURA BELANJAWAN

Pakej bantuan $900j bagi keluarga

Setiap isi rumah terima baucar bernilai $100; Baucar GST, U-Save bagi keluarga yang layak
Feb 17, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 1.3 juta isi rumah warga Singapura bakal menerima baucar bernilai $100 yang boleh digunakan di kedai dan pusat penjaja di estet perumahan.



Sokongan wang tambahan itu merupakan sebahagian daripada Skim Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan pada masa yang sama diharap dapat menyokong perniagaan di estet perumahan.



Bantuan tersebut merupakan antara inisiatif yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Keluarga Tambahan bernilai $900 juta, sebahagian daripada Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen semalam.



Pakej tersebut bertujuan memberi bantuan tambahan kepada keluarga, dengan lebih banyak sokongan untuk keluarga berpendapatan rendah.



Membentangkan inisiatif tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata:



"Sikap perpaduan dan disiplin warga Singapura dalam mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti jarak selamat dan memakai pelitup telah memudahkan usaha kita dalam menghadapi pandemik ini.



"Disiplin dan pemahaman peniaga dan penjaja juga penting. Namun, mereka terjejas oleh langkah-langkah keselamatan, terutama sekali semasa tempoh pemutus litar."



Katanya, beliau berharap baucar tersebut boleh merancakkan perniagaan di pusat penjaja dan kedai di estet perumahan dan akan menyalurkan geran tambahan bernilai $150 juta untuk menambah sumber CDC.



Butiran lanjut akan diumumkan CDC tidak lama lagi.



Sementara itu, isi rumah yang layak akan menerima Baucar GST-Bayaran Tunai Khas sekali sahaja bernilai $200.



Ini selain Baucar GST-Tunai yang bakal diterima.



Isi rumah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang layak akan menerima Bayaran Khas Baucar GST-U-Save bernilai antara $120 hingga $200 bagi keluarga yang tinggal di flat.



Rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) juga akan diberikan antara satu setengah hingga tiga setengah bulan bakal dilanjutkan untuk setahun lagi.



Demi membantu keluarga membuat pelaburan dan merancang masa depan anak-anak mereka, pemerintah akan menokok $200 bagi setiap anak warga Singapura yang berusia di bawah 21 tahun.



Ini dilakukan melalui Akaun Pembangunan Anak (CDA), akaun Edusave dan Pendidikan Posmenengah (PSEA) yang boleh membiayai perbelanjaan berkaitan pendidikan.



Seramai 780,000 anak warga Singapura akan meraih manfaat daripada inisiatif ini.



Menurut Encik Heng, pakej tersebut menambah kepada langkah-langkah lain yang bertujuan untuk membantu keluarga dan pekerja dalam lima Belanjawan pada 2020, termasuk Bayaran Perpaduan, Geran Sokongan Covid-19, Dana Bantuan Sementara dan baucar barangan keperluan untuk mereka yang berpendapatan rendah.



"Pakej Bantuan Keluarga Tambahan ini memberikan bantuan kepada semua keluarga, dengan lebih banyak bantuan untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.



Encik Heng berkata warga Singapura telah memberi sokongan antara satu sama lain dalam keadaan pandemik ini, dan terus bersatu padu menghadapi cabaran.



"Perpaduan tidak berlaku secara semula jadi. Sebelum Covid-19, banyak masyarakat berpecah belah disebabkan jurang ketidaksetaraan yang semakin luas.



"Pandemik ini telah menambah teruk keretakan dalam banyak masyarakat," katanya.



Encik Heng menambah Singapura tidak terkecuali dari kesan ini.



"Kita perlu terus memperkukuh fabrik sosial untuk mengelak keretakan dan perpecahan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >