Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Pakej bantuan bagi pekerja, syarikat sektor penerbangan

Feb 07, 2020 | 05:30 AM



PEKERJA dan syarikat dalam sektor penerbangan serta kedai runcit di Lapangan Terbang Changi boleh menjangkakan pakej bantuan di bawah Belanjawan 2020 ekoran kemungkinan kesan penularan koronavirus ke atas industri itu dijangka lebih teruk daripada semasa penularan Sars pada 2003.



Bercakap kepada media semasa lawatannya ke Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, berkata antara bantuan termasuk rebat meletak pesawat yang ditempatkan di Singapura ekoran pembatalan beberapa penerbangan ulang-alik ke China dan mengurangkan kos sewa bagi peruncit di Lapangan Terbang Changi.



Encik Khaw yang mengunjungi beberapa kedai runcit di Terminal 3 berkata pakej bantuan itu bertujuan membantu sektor penerbangan yang terjejas kerana kemerosotan pelancong China. Pelancong China merupakan sumber pendapatan pelancongan yang besar bagi rantau ini, termasuk Singapura.



"Kuasa pembelian mereka juga lebih besar sekarang. Di Lapangan Terbang Changi, perbelanjaan mereka menyumbang kepada satu pertiga jumlah penjualan runcit... namun sekarang, jumlah penjualan itu seolah lenyap," ujarnya.



Encik Khaw menambah sewaktu Sars, pelawat China hanya menyumbang kepada 5 peratus daripada jumlah lawatan ke sini.



Tetapi jumlah itu kini meningkat sekitar dua kali ganda kepada 11 peratus, malah jumlah sebenarnya lebih besar daripada peratusan itu.



Lantaran itu, pemerintah sedang mengusahakan pakej bantuan di bawah Belanjawan yang akan dibentangkan 18 Februari ini.



"Kami sedar sektor itu ditimpa cabaran dan kami pernah mengalaminya sewaktu Sars. Tetapi kami juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk menghasilkan pakej bantuan.



"Sektor runcit dan syarikat penerbangan tidak perlu khuatir kerana kami tidak akan membiarkan mereka keseorangan.



"Antara kriteria pakej tersebut adalah ia harus berkesan dan bermakna bagi penerima dan harus diterapkan pada masa yang sesuai," ujarnya.



Encik Khaw turut meluahkan keprihatinannya terhadap sekitar 7,000 hingga 8,000 pekerja yang bertugas di Lapangan Terbang Changi.



"Beberapa syarikat mungkin harus memberhentikan pekerjanya jika mereka tidak dapat mengharungi cabaran demikian, dan ini bakal menjejas keluarga mereka juga," terang beliau.



Meskipun ditimpa cabaran, Encik Khaw berkata krisis koronavirus merupakan masa yang baik bagi peruncit menghantar pekerja mereka untuk latihan semula.



Selain sektor runcit, syarikat penerbangan setempat seperti Singapore Airlines (SIA), Silkair dan Scoot turut terjejas, tambah Encik Khaw.



Jumlah penerbangan antara China dengan Singapura merosot antara 70 dengan 80 peratus manakala jumlah penerbangan keseluruhan juga mengecut 60 hingga 70 peratus.



"Bilangan penumpang pesawat bagi syarikat penerbangan setempat merosot lebih kurang 20 hingga 30 peratus juga," tambahnya.



LAPORAN LANJUT:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >