Pakej buka puasa di hotel dapat sambutan baik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

SEKITAR RAMADAN

Pakej buka puasa di hotel dapat sambutan baik

Restoran kembali hidang sajian Ramadan dengan langkah keselamatan Covid-19
Apr 13, 2021 | 05:30 AM

TIDAK seperti biasa, restoran di beberapa hotel terkemuka di Singapura tidak menyediakan juadah buka puasa pada Ramadan tahun lalu disebabkan pemutus rantaian jangkitan Covid-19.

Pandemik itu semakin berkurangan di sini dan sekatan Covid-19 telah dilonggarkan, membolehkan restoran kembali menawarkan pakej buka puasa Ramadan yang bermula hari ini.

Malah, menurut restoran di hotel yang dihubungi Berita Harian, pakej buka puasa mereka mendapat sambutan baik daripada pelanggan Muslim dan mereka telah menerima banyak tempahan.

Pengurus Besar Hotel Royal Plaza on Scotts, Encik Patrick Fiat, berkata hampir 70 peratus tempahan telah dibuat bagi bufet Ramadan di restoran Carousel di hotel itu.

"Sekitar 80 peratus tempahan ini adalah daripada pelanggan Muslim, dan kami sangat mengalu-alukan kedatangan mereka memandangkan kami tidak dapat mengadakan bufet ini tahun lalu," ujar Encik Fiat.

Discover Malay Home Based Businesses

Bufet Ramadan Ramadan tahun ini di Carousel, yang akan dibuka pada 12 April hingga 12 Mei, menyajikan antara lain hidangan popular restoran tersebut, seperti kaunter makanan laut, mee soto udang galah dan nasi ambeng.

Troli pencuci mulutnya pula menyediakan pelbagai jenis manisan.

Hotel Grand Hyatt Singapore juga menjangka lebih banyak tempahan sepanjang Ramadan ini di restoran bufet StraitsKitchen di hotel tersebut.

StraitsKitchen akan menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa dari Timur Tengah, termasuk hummus, yang diperbuat daripada kacang kuda dan dimakan bersama roti pita, dan ketam cili serta ayam mentega daripada resepi salah seorang cef di restoran tersebut.

Restoran Kintamani di Hotel Furama Riverfront akan mengadakan hidangan Ramadan dari 12 April hingga 16 Mei, dengan menyediakan hidangan asal Indonesia seperti ayam panggang woku dan rendang daging sapi serta pencuci mulut seperti pulut pengat durian.

Menurut restoran Atrium di Hotel Holiday Inn pula, ia akan menyajikan hidangan berlainan daripada yang biasa terdapat di restoran bufet itu bagi hidangan Ramadannya.

Dari 12 April hingga 16 Mei, restoran itu antara lain menghidangkan masakan halal Korea seperti bulgogi daging, sejenis lempeng yang dipanggil pajeon, dan sotong yang dimasak dalam sos pedas tteokbokki.

Hidangan itu disediakan disamping hidangan biasa seperti rendang daging, gado-gado dan ayam masak merah.

Sejajar dengan langkah pengurusan selamat Covid-19, restoran-restoran itu juga melaksana beberapa langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Di restoran Carousel dan StraitsKitchen, hidangan akan disajikan oleh kakitangan restoran, dengan setiap pelanggan dibantu oleh seorang pelayan di setiap barisan bufet.

Ini bertujuan mengurangkan kontak dalam kalangan pelanggan.

Langkah-langkah keselamatan lain yang diambil restoran itu termasuk memasang penanda barisan dan pengadang di tempat sajian makanan yang dibersihkan secara kerap.

Meja di kesemua restoran itu akan dibersihkan sebelum pelanggan ditempatkan di tempat duduk mereka, dan hanya lapan pelanggan dibenarkan di setiap meja.

Pelanggan juga tidak dibenarkan berinteraksi bersama pelanggan dari meja lain, dan pelitup muka harus dipakai pada setiap masa kecuali semasa makan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map