PAKEJ Generasi Perintis yang diumum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kelmarin mencerminkan semangat murah hati dan keprihatinan pemerintah, dan merupakan pengiktirafan bermakna kepada generasi perintis Singapura bagi sumbangan besar mereka.
'Hadiah' dalam bentuk subsidi dan bantuan kesihatan itu disambut baik oleh semua orang yang dihubungi Berita Harian semalam.