Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej cuti ke Jerman dapat sambutan

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



BERITA mengenai skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) ke Jerman yang diumumkan pada 19 Ogos lalu, mendapat sambutan baik daripada agensi pelancongan di ini.



Syarikat EU Holidays misalnya telah menyediakan pakej 12 hari ke negara tersebut bermula dari bandar Munich dan akan merangkumi bandar lain seperti Stuttgart dan Frankfurt.



Sejauh ini, enam orang telah menyuarakan minat mengikuti pakej tersebut dan mereka berusia antara pertengahan 20 tahun hingga lewat 60 tahun.



Skim VTL itu membenarkan pejalan ke Jerman dan kembali tanpa perlu menjalani kuarantin.



Mereka bagaimanapun perlu menjalani beberapa ujian Covid-19, iaitu satu sebelum berangkat dan satu lagi sekembalinya mereka ke Singapura dan bakinya ialah pada hari ketiga dan ketujuh apabila mereka kembali ke Singapura.



Mereka juga perlu mengasingkan diri bagi tempoh pendek sementara menunggu keputusan ujian yang diambil sebaik pulang ke Singapura.



Pengarah EU Holidays, Encik Wong Yew Hoong, berkata langkah berjaga-jaga akan dilakukan termasuk mengambil bas dengan 40 tempat duduk untuk memastikan terdapat jarak selamat dapat dilakukan.



Selain itu, kit ujian pantas antigen (ART) akan sentiasa ada bersama sekiranya ada anggota kumpulan berasa tidak sihat.



Anggota kumpulan pelancongan juga perlu memakai pelitup pada setiap masa dan makanan akan diberikan secara individu.



Peraturan teratur sedemikian telah mendorong individu seperti Encik Jeff Sim, 32 tahun untuk memilih pakej pelancongan sedemikian.



Meski sebelum ini kunjungannya ke luar negara dilakukan secara "free and easy" atau mengikut kehendak sendiri, Encik Sim, seorang pekerja bebas berkata beliau memilih untuk pakej EU agar lebih mudah.



"Saya berasa lebih selamat kerana jika sesuatu berlaku misalnya, jika saya didapati positif dan perlu dikuarantin di Jerman, ada orang yang akan dapat membantu saya mencari tempat tinggal daripada perlu berfikir seorang diri," katanya yang akan membawa kit ART dan makan di tempat terbuka seberapa yang boleh.



Seorang lagi, Encik Reuben Lim, 56 tahun yang juga mengambil pakej itu berkata beliau telah membelanjakan sekitar $9,600 secara keseluruhan bagi perjalanan itu yang dilakukan bersama anak perempuannya, berusia 24 tahun.



"Saya sudah berasa agak keletihan dengan mesyuarat Zoom. Saya tidak sabar untuk lawatan ini dan rasa amat bertuah dapat melancong semasa tempoh ini," katanya.



Beberapa agensi pelancongan lain memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pakej yang sama akan diperkenalkan.



Kumpulan pertama daripada agensi Chan Brothers Travel akan berangkat pada 11 Oktober ke Jerman.



Dynasty Travel juga merancang untuk berangkat bulan depan dan pada November dan Disember.



Agensi lain seperti SA Tours dan ASA Holidays sedang meninjau permintaan daripada pelanggan.



Lebih daripada separuh penduduk di Jerman telah mengambil vaksin sepenuhnya.




"Saya sudah berasa agak keletihan dengan mesyuarat Zoom. Saya tidak sabar untuk lawatan ini dan rasa amat bertuah dapat melancong semasa tempoh ini."
- Encik Reuben Lim yang telah membelanjakan sekitar $9,600 secara keseluruhan untuk melancong ke Jerman bersama anak perempuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >