PEMERINTAH memberi jaminan bahawa faedah penjagaan kesihatan yang disediakan di bawah Pakej Generasi Perintis akan kekal sepanjang hayat warga perintis, walaupun jika ekonomi negara merosot di masa hadapan.
Ini kerana pakej bernilai $9 bilion itu telah pun diperuntukkan sekarang, sekali gus tidak membebankan pembayar cukai pada masa depan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan.