Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pakej Isi Rumah Mesra Iklim $25j dilancar, peruntuk e-baucar beli alat jimat tenaga, air

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pakej Isi Rumah Mesra Iklim $25j dilancar, peruntuk e-baucar beli alat jimat tenaga, air

Nov 28, 2020 | 01:12 PM

KELUARGA yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) satu hingga tiga bilik kini boleh mendapat bantuan membeli peralatan rumah yang menjimat tenaga atau air di bawah satu program yang dilancarkan pada Sabtu (28 November).

Mereka yang layak menerima bantuan ini akan diberikan tiga e-baucar yang keseluruhannya bernilai $225 (bagi setiap isi rumah).

Ini meliputi e-baucar $150 bagi mendapatkan peti sejuk jimat tenaga dan mesra iklim; e-baucar $50 bagi mengimbangi kos menukar alat pancuran mandi kepada tiga model paling jimat air (tiga 'tick') dan e-baucar $25 bagi membeli lampu LED. 

Pengumuman mengenai bantuan yang diberi di bawah Pakej Isi Rumah Mesra Iklim bernilai $25 juta ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat di majlis pelancaran gerakan Bersih dan Menghijau Singapura yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur pada Sabtu pagi. 

Awal tahun ini, idea mengenalkan pakej ini telah ditimbulkan.

Encik Heng yang juga Menteri Kewangan berkata:

"Saya gembira untuk berkongsi bahawa mulai hari ini, isi rumah yang layak boleh memohon mendapatkan e-baucar mereka dalam talian.

"Saya berharap Pakej Isi Rumah Mesra Iklim bernilai $25 juta ini akan menggalakkan keluarga di sini agar mengambil langkah mengurangkan penggunaan tenaga dan air mereka. Dengan melakukan demikian, mereka juga akan menjimat wang."

Apabila isi rumah bertukar dari model peti sejuk satu 'tick' kepada tiga 'tick' misalnya, mereka boleh menjimatkan sekitar $50 setahun dalam tempoh jangka hayat 10 tahun alat elektronik itu. 

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga menganggarkan jika lebih 300,000 isi rumah yang layak membuat pertukaran peralatan rumah jimat tenaga dan air ini, kadar pengeluaran karbon yang dikurangkan secara kolektif dapat disamakan dengan ketiadaan 31,000 kereta di jalan raya sementara penjimatan air disamakan dengan 400 juta gelen air setiap tahun.

E-baucer ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2020. Keterangan lanjut mengenai cara permohonan boleh diperolehi menerusi laman beralamat www.climate-friendly-households.gov.sg.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3