Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Pakej rangsang penghantaran makanan dilanjut sebulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pakej rangsang penghantaran makanan dilanjut sebulan

Jun 14, 2021 | 05:30 AM

ENTERPRISE Singapore (ESG) akan melanjutkan Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan selama sebulan lagi, demi menyediakan lebih banyak bantuan bagi perniagaan makanan dan minuman (F&B) mempelbagai operasi mereka menerusi penghantaran makanan.

Selain itu, terdapat tujuh rakan baru yang menyokong inisiatif itu - platform penghantaran makanan Bungkus, dan pemain logistik pihak ketiga Chope, GrabExpress, pandago, DLVRD, Milkrun dan YY Circle.

Ini bermakna 13 rakan menyokong inisiatif itu sekarang.

Pakej itu membantu menampung sebahagian kos penghantaran makanan yang ditempah melalui platform penghantaran makanan dan rakan logistik pihak ketiga bagi urus niaga yang dibuat antara 16 Mei dengan 15 Julai.

ESG akan membiayai 5 peratusan kos komisen yang dikenakan wadah penghantaran makanan. Bagi penggunaan rakan logistik pihak ketiga, ia akan membiayai 20 peratus.

"Ini akan menyokong perniagaan F&B sedang kita kembali ke Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) secara berperingkat dan menggalak mereka meneruskan penjualan penghantaran makanan pada jangka panjang," kata ESG dalam satu kenyataan semalam.

Pakej itu diperkenal semula ekoran langkah-langkah pengurusan selamat diperketat dari 16 Mei hingga semalam di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), yang antara lain tidak membenarkan orang ramai makan di luar.

Mulai hari ini, Singapura melangkah ke Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) dengan langkah-langkah dilonggarkan dalam dua peringkat menyusuli bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat telah berkurangan.

Jika keadaan terus terkawal, makan luar di restoran dan pusat makanan akan dibenarkan mulai 21 Jun, dengan langkah jarak selamat lebih ketat dilaksana.

ESG berkata lebih 10,000 perniagaan F&B telah meraih manfaat daripada Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan sejak skim itu diperkenal semula bulan lalu.

Mereka memanfaatkan skim itu untuk mempelbagai wadah pendapatan dengan lebih baik dan mendakap pendigitalan dengan subsidi yang disediakan.

Berdasarkan anggaran awal dari dua minggu pertama Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) dari 16 hingga 29 Mei, jumlah purata harian penghantaran makanan dalam talian yang disokong di bawah pakej itu hampir 20 peratus lebih tinggi berbanding purata harian semasa tempoh pemutus litar jangkitan tahun lalu, kata ESG.

Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, berkata penghantaran makanan kini sebahagian norma baru kehidupan, dan pengguna semakin mahir mencari makanan dan tawaran terbaik dalam talian untuk dihantar ke rumah mereka.

"Kami berharap Pakej Rangsangan Penghantaran Makanan yang dilanjutkan ini akan memperkukuh kedudukan perniagaan F&B bagi pemulihan berdaya tahan sedang mereka meraih kemahiran dan platform baru yang penting bagi pertumbuhan jangka panjang.

"Kami akan terus bekerja rapat dengan industri untuk membantu perniagaan mengharungi cabaran semasa dan bangkit lebih kuat bagi masa depan," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3