Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej Satu Digital BH dilancar hari ini

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



PEMBACA Berita Harian/Berita Minggu (BM) kini boleh membaca semua berita premium tanpa perlu membayar yuran tambahan, serta mengakses laman web BH, membaca berita dari aplikasi BH dan e-akhbar.



Ini setelah satu promosi terbaru bagi pembacaan digital atau e-akhbar BH, Satu Digital BH, dilancarkan pada hari ini.



Pembaca hanya perlu membayar $6.90 sebulan.



Lebih menarik lagi selain harga berpatutan, tiada kontrak dikenakan.



Pakej Satu Digital BH ini hanya terbuka bagi pelanggan baru atau pelanggan yang tidak mempunyai langganan atau kontrak bersama BH.



Mengulas tentang pakej Satu Digital BH, Editor BH/BM, Encik Saat Abdul Rahman, menyatakan selain ingin terus mempertingkatkan media vernakular kepada warga setempat khususnya kepada generasi muda era digital, pakej ini juga diharap menjadi platform bagi mereka mengikuti perkembangan di dalam dan luar negara dengan lebih mudah lagi.



"Dengan pendigitalan kini semakin menjadi sebahagian kehidupan kita semua, pakej Satu Digital BH bertujuan memudahkan lagi akses kepada kandungan Berita Harian, terutama bagi golongan pembaca muda. Dengan harga langganan yang amat dimampui, kami berharap pembaca dapat mengikuti perkembangan semasa - di peringkat nasional dan masyarakat - dengan segala maklumat boleh didapatkan di hujung jari mereka," ujar Encik Saat.



Pembaca yang berminat untuk melanggani pakej terbaru Satu Digital BH ini, boleh melungsuri laman bhsub.sg/1digital atau boleh imbas kod QR ini untuk maklumat lanjut.




APA KATA EDITOR 



"Dengan pendigitalan kini semakin menjadi sebahagian kehidupan kita semua, pakej Satu Digital BH bertujuan memudahkan lagi akses kepada kandungan Berita Harian, terutama bagi golongan pembaca muda. Dengan harga langganan yang amat dimampui, kami berharap pembaca dapat mengikuti perkembangan semasa - di peringkat nasional dan masyarakat - dengan segala maklumat boleh didapatkan di hujung jari mereka.''
- Editor BH/BM, Encik Saat Abdul Rahman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >