Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN UNTUK WARGA ATASI INFLASI

Pakej sokongan ringan beban kos sara hidup

Pemerintah telah mengumumkan pakej bantuan bernilai $1.5 bilion untuk membantu warga Singapura mengharungi cabaran ekonomi dan inflasi. Pakej tersebut disasarkan ke arah membantu kumpulan yang mudah terjejas dalam masyarakat, merangkumi antara lain keluarga berpendapatan rendah, pekerja, pemandu teksi dan syarikat kecil dan sederhana (SME) demi mengurangkan kesan tersebut terhadap mereka. Bagaimanakah dapat ia memanfaatkan masyarakat dan peniaga? BERITA HARIAN melaporkan.
Jun 23, 2022 | 05:30 AM



GAJI yang dibawa pulang Cik Nuraini Mohd Yusof setiap bulan hanya sekitar $800 untuk menyara kehidupan beliau dan seorang anak lelakinya.



Selepas ditolak bayaran rumah sewa sebanyak $375, beliau mempunyai baki sekitar $400 untuk dibelanjakan bagi keperluan harian, seperti barang runcit, makan minum dan bil api air.



Namun, dengan inflasi yang semakin meningkat, Cik Nuraini, 47 tahun, berkata baki gajinya selepas dipotong bayaran sewa rumah semakin kurang mencukupi, memandangkan harga makanan, barang runcit dan elektrik semakin naik.



Pekerja penghantaran makanan bersama platform dalam talian Grab itu, yang menggunakan elektrik di bawah skim meter prabayar bagi rumahnya, berkata:



"Kalau dulu, $20 yang saya bayar boleh bertahan untuk dapatkan elektrik bagi dua minggu. Tetapi sekarang, $20 kadangkala tak sampai seminggu, saya dah dapat mesej daripada syarikat elektrik untuk tokok bayarannya kerana jika tidak, elektrik saya akan terputus.



"Barang runcit juga sama. Dahulu, $50 boleh dapat macam-macam apabila berbelanja di pasar. Tetapi sekarang, $50 memang tak cukup sebab semuanya mahal - telur naik harga, minyak pun naik harga.



Justeru, Cik Nuraini berkata beliau bersyukur pemerintah telah mengumumkan pakej bantuan $1.5 bilion untuk membantu warga Singapura mengharungi cabaran ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi kini.



Bantuan tersebut termasuk kredit utiliti $100 bagi setiap isi rumah rakyat Singapura menjelang September.



Habuan sehingga $300 tunai dalam bentuk pembayaran Baucar GST pada Ogos ini juga akan disediakan untuk sekitar 1.5 juta warga Singapura bergaji rendah hingga pertengahan dan pesara yang tiada pendapatan.



Pemerintah juga akan mempertingkatkan skim ComCare untuk menyediakan sokongan tambahan kepada isi rumah yang menerima bantuan bagi jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.



Sebagai sebahagian daripada langkah sokongan bagi individu yang bekerja sendiri, pemandu bas combi, limousin dan pekerja penghantaran akan menerima habuan bernilai sehingga $300 tunai.



Skim itu disediakan hanya bagi kaedah penghantaran tertentu, dengan pemandu penghantaran bebas boleh menerima sehingga $300 dan pekerja penghantaran yang menggunakan motosikal boleh menerima sehingga $150.



Bagi melayakkan diri menerima bantuan tersebut, pemandu bas combi dan limousin perlu menjadi anggota Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) sementara pekerja penghantaran pula perlu menjadi anggota Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA).



Cik Nuraini berkata kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bahkan sukar bagi dirinya membuat simpanan untuk diri sendiri setiap bulan.



Baru-baru ini, beliau telah memohon bantuan ComCare dan juga dari Pejabat Khidmat Sosial (SSO) sebagai menambahkan pendapatan isi rumahnya, dan kini sedang menanti panggilan daripada mereka.



"Kadangkala saya mengeluh juga, terfikir mana semua duit $800 hasil titik peluh saya pergi. Simpanan pun saya tak ada. Tetapi ada orang yang lagi susah daripada saya, ada yang anak ramai yang perlu ditanggung.



"Alhamdulillah, saya masih ada juga sedikit wang untuk bertahan setiap bulan, dan syukur pemerintah pun beri bantuan yang baru ini. Sekurang-kurangnya, boleh ia bantu kami sedikit pada masa akan datang ini," kata beliau.



Antara bantuan lain yang akan disediakan kepada pekerja bergaji rendah sebagai sebahagian daripada pakej bantuan $1.5 bilion yang diumumkan itu ialah kenaikan kadar pembiayaan bersama kenaikan gaji pekerja bergaji rendah di bawah Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS).



Pemerintah juga akan melanjutkan Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) selama enam bulan lagi sehingga Mac 2023.



Insentif ini menyediakan sokongan kepada majikan untuk menggajikan pencari kerja lebih matang yang tidak bekerja sekurang-kurangnya enam bulan, serta golongan kurang upaya dan bekas pesalah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >