Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah SG hantar bantuan tahap ketiga $1.12j bagi pelarian Ukraine

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



PALANG Merah Singapura (SRC) telah menghantar bantuan bernilai $1.12 juta ke Ukraine dan enam negara jirannya, di bawah tahap ketiga bantuan bagi membantu rakyat Ukraine yang terjejas akibat krisis pelarian ekoran perang di negara itu.



Selain itu, SRC telah mengerahkan sebuah pasukan dua orang ke negara jiran yang menjadi tuan rumah majoriti pelarian Ukraine, termasuk Hungary, Lithuania, Poland dan Slovakia, untuk mengawasi respons kemanusiaan dan pengagihan bantuan itu.



Dana $1.12 juta itu akan diagihkan kepada masyarakat terjejas oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Persatuan Kebangsaan Palang Merah, dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (IFRC), yang menerajui usaha bantuan itu, kata SRC dalam satu kenyataan semalam.



Bantuan itu adalah dalam bentuk alat perubatan dan kecemasan, ubat bagi penyakit jarang berlaku serta barang keperluan asas dan kebersihan.



Sumbangan itu menyusuli dua tahap bantuan SRC.



Tahap pertama bernilai AS$100,000 ($135,000) tiba di Ukraine pada 4 Mac dan tahap kedua bernilai $2.4 juta pula tiba pada 11 Mac.



Ini menjadikan bantuan yang diberi berjumlah S$3.66 juta.



Berikutan kemusnahan masyarakat di Ukraine, peri perlu sokongan kemanusiaan di negara itu telah meningkat dengan pesat dan Palang Merah Ukraine (URC) telah meningkatkan responsnya dalam keadaan sangat mencabar itu.



Oleh itu, SRC memberi bantuan tambahan sebanyak AS$100,000 ($135,000) kepada URC untuk menyokong bantuan bagi orang terjejas.



"Krisis kemanusiaan di Ukraine buruk dan terus berkembang.



"Tahap bantuan terkini kami mencerminkan keutamaan kami, iaitu membantu mereka yang mudah terdedah, termasuk kanak-kanak dan belia, wanita yang mempunyai bayi dan anak kecil, warga emas, pesakit yang menghidap penyakit jarang berlaku dan orang kurang upaya.



"Selain menyokong penyediaan bantuan segera, kami akan terus memberi tumpuan pada menangani keperluan asas, tempat perlindungan kecemasan, perlindungan, kesihatan, air, sanitasi, kebersihan, dan sokongan psikososial," kata setiausaha agung SRC, Encik Benjamin William, yang juga ketua pegawai eksekutif pertubuhan itu.



SRC turut berkerjasama dengan Kelab Ukraine di Singapura untuk menghantar hingga 3,000 alat perubatan ke bandar-bandar Ukraine dari sempadan di Poland.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >