Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah SG hulur bantuan kemanusiaan kepada Ukraine

Feb 25, 2022 | 04:12 PM



PALANG Merah Singapura (SRC) berikrar menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak AS$100,000 ($135,000) kepada Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan Persatuan Palang Merah Ukraine (URCS) bagi memberikan sokongan kepada usaha bantuan mereka susuli krisis kemanusiaan di negara itu.



Dana yang dikumpulkan itu akan digunakan bagi penjagaan kesihatan kecemasan, bantuan pertolongan cemas dan pengagihan kit kebersihan, kit keluarga dan kit isi rumah untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik yang sedang berlaku. 



Di samping itu, Palang Merah Singapura juga akan melancarkan usaha pengumpulan dana awam dalam membantu operasi kemanusiaan di situ. 



Dalam satu kenyataannya pada Jumaat (25 Feb), SRC berkata dianggarkan seramai tiga juta orang di negara ini bergantung kepada bantuan kemanusiaan dan 850,000 telah kehilangan tempat tinggal. 



Sekitar 30 peratus daripada mereka merupakan warga emas, dengan jumlah yang memerlukan bantuan kemanusiaan juga dijangka meningkat dengan mendadak dengan keadaan di situ terus menjadi lebih tegang. 



Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Palang Merah Singapura, Encik Benjamin William, berkata: 



“Kami amat prihatin terhadap tercetusnya konflik dan padah buruk yang bakal menimpa. Keperluan kemanusiaan di sana akan terus meningkat apabila konflik semakin meruncing.



“Bekerjasama dengan rakan kongsi Pergerakan Palang Merah kami, kami akan terus membantu masyarakat yang terjejas, yang kebanyakannya berkemungkinan besar akan kehilangan tempat tinggal dan semua harta benda mereka.”



Selaras dengan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, Palang Merah telah meminta perlindungan bagi mereka yang bukan pejuang serta infrastruktur kritikal seperti sistem air dan kuasa di Ukraine, agar aktivis bantuan kemanusiaan, termasuk Palang Merah, akan dapat menghulurkan bantuan kepada orang awam yang memerlukan.



Menurut SRC lagi, mereka juga telah mengerahkan Palang Merah Singapura juga mengaktifkan perkhidmatan “Memulihkan Hubungan Keluarga” (RFL) untuk membantu penduduk Singapura mencari anggota keluarga terdekat mereka yang mungkin terjejas oleh bencana tersebut dan menghadapi kesukaran dihubungi.



Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Palang Merah Singapura dengan menghantar e-mel kepada rfl@redcross.sg.



Orang ramai yang ingin menderma kepada usaha bantuan di Ukraine boleh melungsuri laman redcross.sg bagi mendapatkan maklumat lanjut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >