Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah SG hulur bantuan kemanusiaan kepada M'sia, Filipina susuli musibah iklim

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



PALANG Merah Singapura berikrar menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak AS$100,000 ($137,000) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina bagi memberikan sokongan kepada usaha bantuan mereka susuli kejadian kecemasan iklim baru-baru ini di kedua-dua negara itu.



Setiap badan itu akan menerima AS$50,000.



Di samping itu, Palang Merah Singapura juga akan melancarkan usaha pengumpulan dana awam, dengan dananya akan disalurkan kepada usaha bantuan dan pemulihan masyarakat yang terjejas di Malaysia dan Filipina.



Dana yang dikumpulkan itu akan digunakan bagi penjagaan kesihatan kecemasan, bantuan pertolongan cemas dan pengagihan kit kebersihan, alat membina tempat perlindungan, tarpaulin, makanan dimasak, pakaian, tikar, selimut, dan pelitup muka ke pusat pemindahan.



Di Filipina, Palang Merah Singapura juga akan menyokong sebuah badan tempatan dengan mengagihkan barangan seperti air, beras, dan barang runcit kepada 1,000 isi rumah dalam enam masyarakat yang memerlukan sokongan.



Di samping itu, pertolongan cemas psikologi juga akan disediakan kepada individu terjejas di pusat pemindahan.



Seramai lima orang di Selangor dan Pahang terbunuh sehingga semalam selepas banjir dek hujan lebat mendatangkan malapetaka pada hujung minggu lalu, menurut laporan media Malaysia.



Lebih 41,000 orang pula terpaksa dipindahkan dari tempat tinggal mereka ke pusat bantuan sehingga kelmarin demi keselamatan.



Hujan lebat yang melanda bahagian barat Semenanjung Malaysia itu sejak lewat Jumaat lalu disifatkan sebagai kejadian yang berlaku "sekali dalam 100 tahun".



Di Filipina pula, Taufan Rai - taufan paling kuat melanda negara itu pada tahun ini - meragut lebih 200 nyawa, dengan 52 orang dilaporkan hilang sehingga semalam.



Lebih 300,000 orang pula meninggalkan rumah mereka dan resort tepi pantai, dengan ramai yang meminta bekalan air minuman dan makanan.



Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Palang Merah Singapura, Encik Benjamin William, berkata bencana tersebut menekankan keperluan bagi masyarakat sejagat bersama-sama menangani punca perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar.



"Kami menyokong usaha penyelamatan dan bantuan yang kini sedang dijalankan di Filipina dan Malaysia… Kami menyeru sokongan masyarakat pada akhir tahun ini agar berkongsi berita baik dan memberikan keselesaan kepada jiran kita, yang nyawa mereka terancam akibat bencana cuaca," katanya.



Dalam pada itu, Palang Merah Singapura juga mengaktifkan perkhidmatan "Memulihkan Hubungan Keluarga" (RFL) untuk membantu penduduk Singapura mencari anggota keluarga terdekat mereka yang mungkin terjejas oleh bencana tersebut dan menghadapi kesukaran dihubungi.



Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Palang Merah Singapura dengan menghantar e-mel kepada rfl@redcross.sg.



Orang ramai yang ingin menderma kepada usaha bantuan di Malaysia dan Filipina pula boleh melungsuri laman redcross.sg bagi mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >