Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Palang Merah SG lancar rayuan bantu Gaza

May 26, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI tindak balas atas situasi kemanusiaan di Jaluran Gaza yang semakin memburuk, Palang Merah Singapura (SRC) telah melancarkan rayuan kepada masyarakat untuk menyokong penduduk Gaza serta mereka yang terjejas dan rentan di wilayah tersebut.



Pemerintah Singapura telah menyumbangkan sebanyak AS$100,000 ($133,000) sebagai wang untuk bantu dalam rayuan tersebut.



Bekerja rapat dengan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan Rakan Gerakan Bulan Sabit Merah Palang Merah, bantuan itu akan disalurkan untuk peralatan dan bekalan perubatan kecemasan, serta makanan dan keperluan lain untuk diagihkan di tempat perlindungan bagi komuniti yang terjejas.



Menurut ketua setiausaha dan ketua pegawai eksekutif SRC, Encik Benjamin William, situasi di rantau itu sangat kompleks dan telah berlarutan.



"Ramai yang kehilangan keluarga dan orang tersayang, dan kami mengucapkan takziah kepada mereka.



"Dalam pada itu, keadaan kemanusiaan di Gaza telah merosot dengan ketara. Sebagai sokongan tambahan bagi mereka yang cedera, ia juga penting untuk kita menyediakan makanan serta barang keperluan lain bagi mereka.



"SRC akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi Gerakan Palang Merah Bulan Sabit Merah dan bersedia untuk membantu, jika perlu," kata Encik William.



Menyusuli itu, SRC telah mengaktifkan perkhidmatan "Memulihkan Jalinan Keluarga" (RFL) untuk membantu rakyat Singapura dan warga lain mencari ahli keluarga mereka yang mungkin terjejas oleh musibah di sana dan sukar untuk dihubungi.



Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi SRC di rfl@redcross.sg.



Atas sebab ini, SRC menjalankan usaha mengumpul derma secara dalam talian menerusi pelbagai wadah dalam usaha menyediakan bantuan.



Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah berikut:



+PayNow ke UEN S86CC0370EBLD dan catatkan "Gaza Response" di bahagian "Bill Reference"



+ Laman giving.sg atau give.asia



+ Pemindahan wang antara bank menerusi SRC (Singapore Red Cross) - Pindahkan kepada Akaun Korporat HSBC di nombor akaun: 142038546004 dan catatkan "Gaza Response" di bahagian catatan "Comments"



+Kemukakan cek yang dialamatkan kepada 'SRC'. Letakkan nama penderma, alamat dan nyatakan "Gaza Response" di bahagian belakang cek dan poskan ke alamat berikut - Rumah Palang Merah, 15 Penang Lane, Singapura 238486.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >