Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah Singapura ikrar $50,000 untuk sokong mangsa gempa bumi Afghanistan

Jun 23, 2022 | 06:58 PM



PALANG Merah Singapura (SRC) telah mengikrarkan $50,000 untuk menyokong mangsa gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang melanda Afghanistan pada Rabu (22 Jun).


Pertubuhan itu pada Khamis berkata dana tersebut akan disalurkan ke arah menyediakan makanan dan air, tempat perlindungan kecemasan, penjagaan trauma kecemasan, sanitasi dan barangan kebersihan, serta untuk sebarang keperluan segera lain bagi mereka yang terjejas.


Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkata: "Kami amat sedih dengan kemusnahan dan kehilangan nyawa, terutama bagi negara yang sudah pun menghadapi krisis ekonomi dan kemanusiaan yang teruk. Mereka yang terselamat memerlukan air bersih, makanan dan tempat tinggal, yang kami sedang berusaha dengan rakan kongsi kami di tempat kejadian untuk sediakan. Jalan ke hadapan untuk membina semula dan memulihkan akan mencabar, dan kami merayu kepada semua orang untuk menghulurkan bantuan."


Dana itu akan secara langsung menyokong tindak balas kemanusiaan oleh rakan kongsi Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di tempat kejadian, termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan (ARCS) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).


SRC berkata bahawa ARCS dan IFRC sedang memberikan sokongan kepada mangsa di tempat kejadian. Pasukan kesihatan dan ambulans mereka dihalakan ke kawasan yang terjejas untuk memberikan bantuan perubatan dan mengangkut mangsa yang cedera. Barangan bantuan seperti selimut, khemah, bekas air, makanan dan air dihantar kepada mangsa.


Gempa bumi pada Rabu itu adalah yang paling dahsyat yang pernah dicatat di negara itu dalam tempoh 20 tahun lalu. Ia memusnahkan ratusan rumah di wilayah tenggara Afghanistan.


Lebih 1,000 orang telah disahkan meninggal dunia, tetapi angka kematian dijangka meningkat sedang misi mencari dan menyelamat diteruskan.


SRC juga akan memulakan rayuan mengumpul dana awam untuk menyokong operasi bantuan dan pemulihan, meminta orang ramai menderma bagi menyokong masyarakat Afghanistan yang terjejas.


Butiran akan diterbitkan di laman web SRC sebaik sahaja rayuan pengumpulan dana dilancarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >