Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah S'pura hulur bantuan kepada penduduk Ukraine hadapi musim sejuk

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



PALANG Merah Singapura (SRC) telah menyokong pembelian enam penjana kuasa dan bahan api untuk menyediakan kuasa dan tenaga elektrik bagi 750 penduduk di kawasan Bucha, Irpin dan Moschun.



Bersama rakan-rakan kongsinya, SRC menghulurkan bantuan untuk masyarakat Ukraine pada musim sejuk yang teruk ini.



Penjana kuasa yang dibeli itu akan digu-nakan untuk menjana rumah api, yang berkhidmat sebagai tempat untuk menghangatkan badan, mengecas peranti komunikasi dan perubatan.



Rumah api itu juga akan berfungsi sebagai pusat penjagaan di mana golongan yang rentan mempunyai akses kepada air bersih, pek makanan dan keperluan asas lain.



SRC juga menyokong pembinaan 10 rumah yang menggunakan seni bina bermodul. Ia direka oleh dua arkitek Singapura yang juga merupakan rakan kongsi SRC di Ukraine.



Seni bina rumah itu direka untuk menahan musim sejuk yang teruk dan juga cuaca lain, kata SRC dalam kenyataan semalam.



Berita Harian difahamkan sejauh ini, terdapat beberapa rumah seni bina bermodul yang dibangunkan dan akan selesai akhir bulan ini.



Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkata SRC bekerja rapat dengan penderma dan rakan kongsi di Ukraine untuk memberi sokongan kepada masyarakat yang terdedah, termasuk ibu-ibu dan bayi yang baru lahir, warga tua dan kanak-kanak, memandangkan pertikaian Russia yang berterusan.



"Oleh sebab konflik tersebut berterusan sehingga musim sejuk, ramai rakyat Ukraine mendapati mereka terputus daripada sumber kuasa dan tanpa bekalan elektrik.



"Kami sedang bekerja rapat dengan penderma dan rakan kongsi untuk menyokong projek-projek yang bermakna dan akan membawa sedikit kelegaan serta mempunyai kesan yang berkekalan," kata Encik William, yang juga merupakan setiausaha agung SRC.



Antara lain, SRC juga telah menyumbang peranti dan bekalan perubatan kepada kemudahan perubatan lain di Odesa, Kyiv dan Uzhhorod.



Badan itu juga telah berjaya mendapatkan klinik perubatan bergerak untuk menyediakan rawatan kepada penduduk yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan perubatan.



Sebagai tambahan kepada klinik perubatan bergerak, 10 ambulans diperoleh untuk meningkatkan mobiliti gerakan perkhidmatan penjagaan kesihatan oleh Persatuan Palang Merah Ukraine.



Ukraine juga mengalami masalah mendapatkan air bersih akibat banyak prasarana yang musnah.



Justeru, SRC juga telah membantu dalam menyumbang sistem air untuk menyokong keperluan air kepada hingga 10,000 orang.



SRC telah mengumpul sekitar $8.4 juta secara keseluruhan untuk dana tindak balas kemanusiaan Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >