Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah S’pura ikrar lebih $68,000 bantu mangsa gempa Afghanistan

Oct 09, 2023 | 06:03 PM



Palang Merah Singapura (SRC) mengikrarkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$50,000 ($68,400) bagi mangsa gempa bumi yang melanda Afghanistan hujung minggu lalu.

Ia juga akan melancarkan pengumpulan dana awam bagi operasi bantuan dan pemulihan di negara pergunungan itu pada minggu akan datang, kata SRC pada Isnin.

Satu gempa bumi sekuat 6.3 melanda barat Afghanistan pada pagi Sabtu, mengorbankan kira-kira 2,445 orang, menurut anggaran pentadbiran Taliban.

Lebih 1,300 rumah rosak atau musnah, dan jumlah korban dijangka meningkat sedang operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

SRC berkata: “Bencana kemanusiaan ini berlaku sedang negara itu mengalami kerosakan ketara akibat krisis ekonomi dan kemanusiaan yang buruk”.

Ia menambah bahawa rupa bumi mencabar dan konflik baru-baru ini menghalang usaha menyalurkan bantuan ke kawasan memerlukan, yang infrastrukturnya sangat daif.

Pada masa ini, rakan kongsi Pergerakan Palang Merah sedang bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan untuk memberi bantuan segera kepada komuniti terjejas.

Ini termasuk pemindahan, menyediakan rawatan kecemasan, menyediakan tempat perlindungan sementara, dan mengagihkan keperluan asas kepada mereka yang terjejas.

Unit respons kecemasan juga dikerah untuk membantu operasi, termasuk dari segi sanitasi air dan penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >