Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palitan tinta kaligrafi istimewa

Jan 24, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 17,554 pengunjung menghadiri rumah terbuka di Istana dari 8.30 pagi hingga 6 petang sempena Tahun Baru Cina semalam.



Presiden Halimah Yacob turut bertemu dengan pengunjung yang datang untuk meninjau pekarangan Istana bersama keluarga dan rakan mereka.



Acara itu terbuka kepada rakyat Singapura dan Penduduk Tetap secara percuma.



Pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan muzikal dari Sekolah Bakat Muda Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan persembahan drama Cina dari Sekolah Tinggi Maris Stella bertempat di Plaza Ceremonial.



Disebabkan cuaca hujan petang semalam, acara pelancaran peningkatan Kolam Angsa dengan ciri-ciri baru termasuk ruang untuk menikmati pemandangan terpaksa ditunda.



Selain beraneka persembahan yang disediakan, pengunjung juga dapat mengambil bahagian dalam aktiviti seperti kaligrafi Cina, membuat lilin serta melawat reruai inai. Puan Halimah dapat turut serta dalam sesi kaligrafi itu bersama suaminya.



Beliau menulis frasa Cina menggunakan dakwat yang bermaksud "Menyambut kehadiran tahun arnab dengan penuh keamanan".



Gerai makanan serta gerai barangan menjual cenderahati Istana edisi terhad dan cenderahati Cabaran Presiden turut dijual di rumah terbuka itu. Semua hasil pendapatan daripada gerai barangan dan lawatan berpandu akan disalurkan kepada badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >