Palitan warna Tahun Baru Cina
Feb 19, 2015 | 07:54 AM
Dengan masyarakat Cina menyambut Tahun Baru hari ini, suasana di Chinatown sudah mula bersemarak dengan orang ramai yang berbelanja sebagai persiapan meraikan hari penting itu. Jurufoto Berita Harian JOHARI RAHMAT (joharir@sph.com.sg) merakamkan warna-warni kawasan yang menjadi tumpuan bukan hanya masyarakat Cina, bahkan siapa sahaja yang ingin meresapi keindahan perayaan Tahun Baru Cina.