Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palsukan kematian kerana wang: Ibu, anak dipenjara

Sep 26, 2019 | 06:17 PM



SEDANG dia dalam kesempitan wang, seorang perunding automotif telah merancang dengan teliti cara membeli insurans untuk ibunya, dan kemudian melaporkan bahawa ibunya telah meninggal dunia, demi mendapatkan wang insurans dan dana  daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF), yang jumlahnya mencecah berjuta dolar.



Menurut dokumen mahkamah, Abraham Rock, 36 tahun, telah membuat penyelidikan terperinci mengenai polisi insurans yang memberi bayaran tertinggi apabila pemegang insurans itu dilaporkan telah meninggal dunia, sebelum membeli insurans-insurans tersebut untuk ibunya, Talat Farman, 54 tahun, antara Julai 2017 dengan April 2018.



Pasangan itu kemudian ke Pakistan pada Jun 2018, dan mendapatkan dokumen palsu yang menyatakan bahawa Talat terbunuh dalam kemalangan jalan raya di sana.



Mahkamah daerah difahamkan bahawa Abraham telah membuat tuntutan lebih $3.7 juta. CPF dan NTUC Income Cooperative mengeluarkan bayaran sekitar $130,000 kepadanya.



Abraham dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan 10 bulan atas tiga tuduhan penipuan, sementara Talat dipenjara 13 bulan atas dua tuduhan penipuan pada Khamis (26 September).



Atas setiap tuduhan, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >