Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran arca harimau sempena ulang tahun ke-10 Gardens by the Bay

Feb 27, 2022 | 05:30 AM



SEMPENA ulang tahunnya yang ke-10, Gardens by the Bay menganjurkan pertunjukan arca seni harimau sebesar saiz sebenar haiwan itu.



Ini sebahagian daripada Jejak AR-mazing Tiger Trail 2022 oleh Dana Kehidupan Liar Sedunia Singapura (WWF-Singapura), untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan harimau dan isu utama persekitaran alam yang dihadapi bumi ini.



Gardens by the Bay akan memaparkan lapan daripada 33 arca seni harimau oleh Jejak AR-mazing Tiger Trail.



Ia boleh didapati di laluan luar Flower Dome hingga ke Supertree Grove dan berhampiran The Meadow.



Karya seni dan arca harimau yang direka serta dihias adalah oleh artis antarabangsa dan tempatan terkenal.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardens by the Bay, Encik Felix Loh, berkata: "Memandangkan Gardens by the Bay mencecah usia 10 tahun, kami memperbaharui komitmen untuk menjuarakan kemampanan.



"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi yang berpendapat sama, contohnya inisiatif Tiger Trail oleh WWF-Singapura untuk mendidik orang ramai tentang biodiversiti dan perubahan iklim.



"Sepanjang tahun ini, orang ramai boleh menantikan siri aktiviti bertemakan kemampanan yang menarik dan seronok di Gardens by the Bay."



Untuk pengalaman penglibatan masyarakat yang hanya tersedia di Gardens by the Bay, orang ramai boleh mengambil Pasport percuma jejak itu dari papan tanda di maklumat di pintu masuk utama dan Canopy untuk memulakan pengembaraan di sekitar Supertree Grove.



Sambil mempelajari fakta di Gardens by the Bay, orang ramai juga boleh mencari arca harimau itu dan mengumpulkan cap unik reka bentuk setiap arca harimau.



Pameran itu percuma dan berlangsung hingga 9 April.



Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati diskaun di kedai selepas menunjukkan penyertaan pasport jejak itu.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman https://tigertrail.wwf.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >