Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran bergerak rai ulang tahun ke-25 penubuhan gabungan muzium setempat

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



ALAT pemain muzik MP3, peti nyanyi dan patung maskot Sukan Olimpik Belia dari 2010 adalah antara artifak yang akan dipamerkan di serata Singapura sempena meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan gabungan muzium-muzium setempat.



Pameran itu, yang bernama Museum Roundtable 25: Celebrating The Silver Jubilee of the Museums in Singapore dianjurkan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dan dilancarkan semalam di Raffles City.



Ia akan ditempatkan di sana sehingga 15 Disember, sebelum berpindah ke Junction 8 dari 16 hingga 27 Disember dan ke Westgate dari 28 Disember hingga 10 Januari.



Menyusuli itu, ia akan dipindahkan ke tempat pameran terakhir, di Muzium Negara dari 11 hingga 26 Januari.



Ketua Eksekutif NHB, Cik Chang Hwee Nee berkata: "Pameran bergerak ini memberikan sekilas pandangan kemewahan yang ditawarkan oleh muzium-muzium kita."



"Ia adalah cara yang sesuai untuk meraikan ulang tahun ke-25 Museum Roundtable, dan untuk mengiktiraf peranan penting yang dimainkannya dalam membangun landskap muzium dan warisan yang rancak di Singapura."



Antara artifak yang menarik perhatian ialah alat radio dan peti nyanyi atau alat fonograf dan radio jenama National dari 1960 yang popular di Singapura pada era 1960-an dan 1970-an.



Menurut kenyataan NHB, alat sedemikian mengubah cara pengguna mendengar muzik pada kurun ke-20 kerana ia membolehkan orang menikmati muzik di luar rumah.



Sebanyak 26 daripada 62 muzium, galeri dan institusi warisan awam dan privet yang menganggotai Museum Roundtable mengambil bahagian dalam pameran ini.



Dimulakan oleh NHB pada 1996, Museum Rountable ialah gabungan muzium dan institusi warisan lain di Singapura yang antara lain bertujuan menampilkan muzium sebagai tempat tumpuan budaya di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >