Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran Bicentennial sambut pengunjung ke-700,000

Dec 14, 2019 | 06:46 PM



PAMERAN multimedia yang membawa pengunjung menyusuri sejarah Singapura sepanjang 700 tahun menerima kunjungan pelawat yang ke-700,000 petang tadi (14 Disember) dan bakal dijadikan pameran tetap pada masa akan datang.



Pengunjung itu, Encik Roger Lim, yang datang bersama teman wanitanya, Cik Michelle Liew, disambut masuk ke pameran Dari Singapura ke Warga Singapura: Pengalaman 200 Tahun (From Singapore to Singaporean: The Bicentennial Experience) di Pusat Fort Canning oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Menteri Bicentennial Singapura yang juga Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.



Pameran kemuncak sambutan memperingati 200 tahun Singapura itu adalah paparan dua bahagian yang membawa pengunjung menyusuri detik penting dalam transformasi Singapura.



Menurut Cik Teo, pameran yang dilancarkan Jun lalu itu dirancangkan untuk berlangsung selama sekitar tiga bulan.



Tetapi memandangkan sambutan baik yang diterima, ia dilanjutkan ke hujung tahun.



“Kami menjangkakan sekitar 600,000 pengunjung tetapi terkejut melihat hari ini kami telah menerima lebih 700,000. Kami amat berterima kasih kepada warga Singapura di atas sokongan mereka,” kata Cik Teo kepada media.



“Kami juga menghargai banyak seruan untuk menjadikan The Bicentennial Experience sebagai pameran tetap. Kami dapati yang warga Singapura sukakan inovasi dalam penyampaian cerita yang pameran The Bicentennial Experience tawarkan. 



“Jadi kami sedang melihat bagaimana penyampaian cerita boleh dijadikan lebih menarik perhatian dan kami berharap dapat menyatukannya dalam pameran tetap yang baru dan lebih baik. Ini akan mengambil sedikit masa untuk dibangunkan dan kemungkinan penyampaian semula kisah Singapura akan diadakan di Muzium Negara,” tambahnya.



Encik Lim, 25 tahun, berkata pameran itu menyampaikan banyak maklumat dan memaparkan sejarah negara dalam cara yang menarik.



“Bahagian yang paling saya gemari ialah Babak 5 yang ada hujan,” katanya mengenai bahagian berjudul Takdir, Jalan ke Kemerdekaan (Destiny, The Road to Independence).



Semua tiket bagi bulan ini telah habis ditempah tetapi 5,000 tiket tambahan akan ditawarkan Isnin ini mulai 8 pagi bagi menyaksikan pameran itu dari 24 hingga 31 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >