Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran Bicentennial SG dilancar di WGS

Apr 15, 2019 | 05:30 AM



SUSURI sejarah Singapura selama 700 tahun dalam pameran menarik serta huraikan makna di sebalik nama beberapa estet setempat dalam pameran interaktif.



Itulah yang boleh dilakukan pengunjung dalam Pameran Bergerak Bicentennial Singapura @ South East di Wisma Geylang Serai (WGS) anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dengan kerjasama Pejabat Bicentennial Singapura.



CDC itu pertama antara lima CDC yang menampilkan pameran bergerak Bicentennial itu.



Pameran di WGS itu akan berlangsung 13 hingga 21 April dan dirasmikan Encik Tan Chuan-Jin, Speaker Parlimen yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, semalam.



Mayor kawasan South East yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, melahirkan rasa besar hati kerana kawasan itu menjadi pembuka tirai pameran bergerak Bicentennial Singapura.



Usaha itu akan memberi peluang kepada penduduk supaya lebih mendalami sejarah negara.



"Pameran ini memberi peluang mereka memahami bagaimana nenek moyang kita membina Singapura hingga menjadi seperti hari ini serta bagaimana mereka merapatkan dan menyatukan semua masyarakat," ujar Dr Maliki.



Menurut beliau, pameran bergerak itu akan memberi tumpuan pada masyarakat dan budaya yang telah berganding bahu membina Singapura moden.



Antara yang menarik ialah pameran sejarah Singapura selama 700 tahun. Ini sebagai pembuka tirai acara berbilang media di Fort Canning Jun ini.



Pengunjung boleh mendengar kisah menarik tentang Singapura dalam sesi bercerita oleh individu daripada pelbagai masyarakat.



Pameran tersebut bertujuan mendekati lebih 6,000 penduduk GRC East Coast, GRC Marine Parade, SMC Fengshan, SMC MacPherson dan SMC Mountbatten. Kawasan South East mempunyai lebih 550,000 penduduk.



Pengerusi Bersama Jawatankuasa Memandu Bicentennial Singapura yang juga Menteri Kedua Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata dalam kenyataannya bahawa Bicentennial Singapura buat semua lapisan usia, tidak kira latar belakang dan asal usul.



"Akan terdapat bermacam kegiatan menarik buat seisi keluarga dan peluang menyelongkar kaitan peribadi dengan sejarah Singapura.



"Lebih penting lagi, kita boleh mendapat ilham demi masa depan kita bersama sebagai satu negara," ujar Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >