ORANG ramai boleh menjangkakan pelbagai acara dan inisiatif diadakan sempena sambutan 50 tahun Perkhidmatan Negara (NS50) tahun ini.
Bertemakan 'Daripada Generasiku Kepada Generasimu', sambutan NS50 bertujuan mengucapkan terima kasih kepada anggota kerahan NS (NSmen) atas sumbangan mereka kepada negara dan sokongan berterusan rakyat Singapura terhadap NS.