Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Pameran foto anjuran WGS papar keindahan kawasan Geylang Serai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pameran foto anjuran WGS papar keindahan kawasan Geylang Serai

Jun 26, 2022 | 05:30 AM

APA yang istimewa mengenai kawasan Geylang Serai?

Melalui Pameran Cabaran Foto InstaGeylang 2022, orang ramai kini boleh mengimbau kembali kenangan manis mereka di kawasan budaya masyarakat Melayu itu sambil menikmati keindahannya daripada 45 gambar terpilih yang diperoleh daripada lebih 1,550 kiriman penyertaan.

Pameran itu dilancarkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman di Galeri Kamal Arts di tingkat empat Wisma Geylang Serai semalam.

Usaha mendekati masyarakat itu adalah anjuran jabatan kawasan Wisma Geylang Serai dan studio seni, Kamal Arts.

Ia bertujuan mempamerkan keistimewaan kawasan itu dan menonjolkan tempat dan aktiviti istimewa yang menyimpan kenangan indah bagi orang awam.

Panggilan terbuka untuk orang ramai menyertai pertandingan cabaran foto ini bermula sejak hujung Januari lalu selama kira-kira empat bulan, sempena ulang tahun ketiga Wisma Geylang Serai.

Peserta hanya perlu memuat naikkan gambar mereka ke akaun Instagram dan menggunakan tanda pagar InstaGeylang.

Ini merupakan kempen dalam talian paling mendapat sambutan tinggi di media sosial bagi Wisma Geylang Serai.

"Kami berharap tanda pagar InstaGeylang akan diteruskan selepas pertandingan ini. Oleh itu, kami juga berharap rakyat Singapura akan tetap bersiar-siar mengambil gambar di sekitar daerah Geylang Serai dan berkongsi di media sosial mereka," kata Dr Maliki.

"Catitan pos ini akan membolehkan kita mengenang masa lalu, menghargai masa kin dan membayangkan masa depan Geylang Serai. Yang lebih penting, ia memastikan Geylang Serai kekal hidup dalam hati, fikiran dan melalui mata kita!" tambahnya.

Bengkel fotografi juga dikelolakan untuk penggemar dan masyarakat. Ia dikendalikan panel juri - yang terdiri daripada Encik Arron Teo, Encik Gareth Phua dan Encik Yais Yusman - untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang fotografi.

Ini termasuk tentang fotografi jalanan, seni bina dan mudah alih kreatif, atau 'creative mobile'.

Pameran itu dibuka sejak kelmarin hingga 6 Julai ini setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3