Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran foto selami emosi masyarakat di sebalik pandemik

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



DI ambang Ramadan yang bakal tiba bulan depan, jurugambar bebas Encik Zakaria Zainal terkenang tempoh getir yang membuatnya sebak ketika merakam siri foto bulan puasa norma baru tahun lalu.



Beliau masih ingat cabaran mendapatkan kebenaran merakam foto 100 pekerja asing bersolat jemaah selepas berbuka di Singapore Expo yang menjadi ruang kemudahan pengasingan masyarakat.



Bagi memastikan keselamatannya terjaga, Encik Zakaria, 36 tahun, perlu menyarung sut dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika menjalankan amanahnya bagi Muzium Negara.



Siri foto yang turut menggambarkan suasana lengang dan suram Geylang Serai, sumbangan sajian sahur buat pekerja asing, solat tarawih sekeluarga di rumah dan keadaan Masjid Sultan pada pagi Raya itu dipaparkan di pameran Picturing the Pandemic: A Visual Record of Covid-19 in Singapore.



Ini merupakan usaha terkini Muzium Negara mendokumentasikan kisah dan pengalaman penduduk Singapura pada awal fasa wabak Covid-19 yang menyatukan insan dalam menentang krisis global ini.



Terdapat 272 gambar, filem ringkas dan 16 artifak yang disumbangkan orang awam dipamerkan hingga 29 Ogos ini dalam acara percuma ini.



Ketika ditemui di Muzium Negara, Encik Zakaria yang sebelum ini menjalankan kajian dan menerbitkan monograf tentang masyarakat Gurkha di Singapura, berkata:



"Kita amati Ramadan sebagai bulan mulia penjalin silaturahim yang menyatukan umat Islam di Singapura. Konsep berjemaah sewaktu tarawih dan pada solat Aidilfitri adalah pengalaman berharga dan syahdu.



"Ia juga tempoh di mana perniagaan musiman menjelang perayaan menerusi bazar Geylang begitu meriah dan ketara kelihatan.



"Namun, Covid-19 mengubah segalanya. Kebiasaan kita terpaksa diubah suai. Kerana masjid ditutup, solat dijalankan sesama anggota keluarga di rumah. 'Kunjung mengunjung' dan maaf-bermaafan dibuat di alam maya Zoom dalam suasana syahdu.



"Namun, paling sedih buat saya adalah ketika melihat pekerja asing dari India dan Bangladesh yang dikuarantin mendirikan solat berjemaah dengan pelitup dan mengamalkan jarak selamat di Singapore Expo dalam keadaan mereka sakit."



Lulusan Sekolah Komunikasi, Universiti Teknologi Nanyang, yang pernah menjalankan projek dokumentasi sejarah penduduk pulau Selatan serta rusuhan Little India, teruja fotonya dipapar Muzium Negara.



Menurutnya, pengiktirafan pihak muzium jauh lebih bermakna daripada meraih tugasan menembusi pasaran antarabangsa.



"Saya cenderung bercerita kisah masyarakat melalui petikan gambar.



"Di sebalik segala kesulitan, saya dapat saksikan bagaimana krisis mendorong penduduk menggembleng tenaga tampil membantu golongan memerlukan. Ia membuat saya tertanya-tanya, bagaimana Ramadan tahun ini kelak?," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >