Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran foto SPH Media imbau detik istimewa NDP dulu dan sekarang

Aug 06, 2022 | 08:14 PM



SEMPENA meraikan ulang tahun yang ke-57 bagi negara kita, SPH Media telah menjemput orang ramai untuk mengimbau kembali detik-detik istimewa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dulu dan sekarang.



Ini akan dapat dilakukan menerusi pameran foto yang disusun khas di tempat-tempat popular seperti pusat beli-belah, stesen MRT dan pasar raya pada bulan ini. 



Hingga 11 Ogos, orang awam boleh melihat kolaj gambar-gambar dan juga video-video yang menunjukkan detik istimewa sambutan NDP tahun-tahun sebelum ini di sekitar 300 skrin oleh rangkaian SPH Media dan FairPrice.



Ia boleh didapati di One Raffles Place, Toa Payoh Hub, VivoCity and 123 cawangan FairPrice. 



Dalam pada itu, pameran foto juga boleh didapati di 92 stesen MRT dan 3,600 skrin yang terdapat di lif-lif di kawasan Pasir Ris-Punggol GRC, JEM, 313@Somerset and PLQ.



Kandungan pameran itu akan terdiri daripada NDP pada 1966 hingga tahun ini. 



Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung Perbarisan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, mulai 5.30 petang di skrin luar SPH Media yang terpilih, iaitu yang terletak di One Raffles Place, HDB Hub di Toa Payoh Central dan Bedok Town Square.



“SPH Media telah memberi tumpuan untuk memperkukuhkan mutu kandungan dan produk beritanya, dan meluaskan jangkauan kandungan melalui penggunaan rangkaian media yang lebih kreatif dan platform rakan kongsi.



“Kami berharap dapat mengingatkan rakyat Singapura tentang kekuatan semangat kebangsaan kami” kata ketua editor bagi Kumpulan Media Gaya Hidup dan Hiburan SPH yang baru ditubuhkan, Encik Ignatius Low.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >