Pameran 'Future of Us' bantu rakyat rancang masa depan
Jan 09, 2016 | 05:30 AM
PAMERAN 'The Future of Us' di Taman Di Pesisiran yang berlangsung sekarang perlu dimanfaatkan oleh masyarakat Melayu kerana gambaran masa depan akan memberi peluang mereka merancang dengan baik.
Dengan melihat pameran itu lebih dekat, generasi muda zaman moden ini dapat melakar kehidupan dalam persekitaran yang canggih dan bergerak pantas.