Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Pameran helang dilancar bagi sambut 50 tahun hubungan Singapura-Filipina

Nov 27, 2019 | 04:34 PM

SEBUAH pameran burung helang Filipina telah dilancar di Taman Burung Jurong bagi menandakan 50 tahun hubungan dua hala antara Singapura dengan negara tersebut.

Masyarakat Filipina di sini telah melakukan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan Singapura, dan kedua-dua negara menikmati hubungan dua hala yang baik.

Demikian dikatakan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan semasa pelancaran pameran tersebut hari ini (Rabu, 27 Nov).

Beliau berkata kedua-dua negara telah bekerjasama dalam pelbagai ruang termasuk kerjasama ekonomi yang "kukuh dan berkembang maju", lapor The Straits Times.

Dalam pada itu, menyentuh tentang pameran helang yang diberi nama 'The King's Fiesta'. Dr Balakrishnan berkata Singapura telah menandatangani perjanjian dengan Filipina bagi mendapatkan dua ekor helang pada Mei lalu.

Helang Filipina, yang juga dikenali sebagai Burung Raja atau 'Haring Ibon' dalam bahasa Tagalog disebabkan saiznya yang besar iaitu dua meter, merupakan burung kebangsaan Filipina.

Spesis burung tersebut dianggap sangat terancam dengan hanya 400 ekor tinggal di alam liar.

Dua burung tersebut - Geothermica, 15 tahun, dan Sambisig, 17 tahun - adalah pasangan pembiakan pertama yang ditubuhkan di luar negara asal mereka, kata Wildlife Reserves Singapore (WRS), yang menguruskan Taman Burung Jurong.

Jika berjaya dibiak dan menghasilkan keturunan, mereka akan diberikan kepada negara asal mereka.

Burung-burung tersebut dipinjamkan kepada Singapura sebagai sebahagian dari pelan pembiakan pemuliharaan yang boleh diperbaharui selama 10 tahun. 

Pasangan helang itu telah berada di sini sejak Jun 2019.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian