Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran Kesihatan Lelaki tingkat kesedaran barah

Nov 26, 2023 | 07:30 PM



Pesanan kepada kaum Adam yang dibawa bersama Pameran Kesihatan Lelaki yang buat julung-julung kalinya diadakan Persatuan Barah Singapura (SCS) sempena Bulan Kesedaran Barah Prostat adalah: “Waspada tentang kesihatan anda serta amati tanda dan gejala barah.”

Menurut Laporan Pendaftaran Barah Singapura (SCR) 2021, sekitar 23 lelaki disahkan menghidap barah setiap hari, dengan empat daripada kes itu merupakan barah prostat.

Perangkaan ini didedahkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika hadir pada Pameran Kesihatan Lelaki di Kelab Masyarakat Tampines West pada Ahad.

Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata barah prostat adalah barah yang kebiasaannya paling kerap dialami kaum lelaki di Singapura antara 2017 dengan 2021, dengan terdapat hampir 7,000 kes sepanjang tempoh itu.

Laporan Tahunan SCR 2021 juga mendedahkan seramai 1,382 lelaki didiagnos dengan barah prostat manakala 216 lelaki kehilangan nyawa akibat penyakit itu.

Pameran Kesihatan Lelaki ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang barah yang biasanya melanda kaum Adam di samping memperkasakan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan.

Acara itu, yang merupakan kerjasama SCS dengan Persatuan Urologi Singapura (SUA), Persatuan Kesihatan Lelaki Singapura (SMHS), Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) dan Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS), menampilkan perkongsian daripada pakar industri, serta reruai permainan dan pendidikan.

Maklumat penting tentang barah prostat dikongsi, termasuk tanda dan gejala seperti kesukaran membuang air kecil dan mati pucuk, atau erectile dysfunction, serta isu urologi biasa yang dihadapi lelaki berusia.


Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Encik Albert Ching, berkata kesedaran kesihatan lelaki bukan hanya soal kesihatan, tetapi ia adalah soal kehidupan dan warisan.

“Apabila kaum lelaki dimaklumkan dan berwaspada tentang kesihatan, mereka bukan sahaja menjaga kesejahteraan sendiri tetapi juga menyumbang kepada keluarga dan masyarakat yang lebih kuat, memastikan masa depan yang lebih cerah dan sihat untuk semua,” jelas Encik Ching.

Menurut satu kenyataan SCS pada Ahad, saringan barah prostat belum lagi menjadi sebahagian daripada garis panduan saringan nasional walaupun inisiatif HealthierSG atau SG Lebih Sihat wujud.


“Memandangkan barah prostat biasanya tidak menunjukkan gejala sehingga sampai ke peringkat seterusnya, adalah penting bagi lelaki untuk memantau secara proaktif dan berwaspada terhadap sebarang tanda dan gejala,” jelas kenyataan itu.


Selaras dengan nasihat tersebut, Encik Masagos menggalakkan semua warga Singapura mendaftar untuk SG Lebih Sihat.


“Bagi mereka yang berjumpa pakar, mengapa anda mesti mendaftar untuk SG Lebih Sihat? Terdapat perbezaan – pakar hanya tumpu pada pengkhususan mereka. Jika anda menghidap barah, pakar akan tahu tentang barah anda. Tetapi mungkin ada perkara lain tentang diri anda yang perlu anda ketahui. Doktor perubatan umum (GP) adalah orang yang terbaik untuk melakukan ini,” jelas Encik Masagos. – IZWANDI AZMAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >