Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran kisah lama SG sempena ulang tahun ke-175 akhbar ST

Jan 19, 2020 | 09:15 PM



GERAI makanan yang sentiasa sesak di Glutton Square pada tahun 70-an, bot yang belayar di kawasan Sungai Singapura pada 1974.



Demikian antara gambar arkib yang akan ditampilkan di pameran khas yang membawa pengunjung mengimbas kisah lama Singapura.



Berjudul ‘Home, Truly: Growing Up with Singapore, 1950s to the Present’, pameran tersebut merupakan kolaborasi antara akhbar The Straits Times (ST) dan Muzium Negara Singapura.



Ia juga merupakan sebahagian daripada sumbangan ulang tahun ke-175 akhbar itu kepada masyarakat.



Diadakan di Galeri Stamford di Muzium Negara dari Ogos 2020 hingga Februari 2021, pameran itu antara lain meneroka detik dan pengalaman sejarah negara ini yang membentuk identiti rakyat Singapura.



Orang ramai juga diundang untuk menghantar gambar atau tulisan mereka bagi pameran ini menerusi laman https://hometruly.photonico.asia.



Penyertaan ditutup pada 1 Mac ini.



Pameran tersebut juga disokong oleh Photonico (photonico.asia) dan Singapore Press Holdings (SPH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >