Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran maya raikan ulang tahun ke-55 tentera darat

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



SATU pameran maya tentera darat Singapura telah dilancarkan semalam sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-55 tahun ini.



Selain permainan seperti menyelesaikan teka-teki 'jigsaw' gambar-gambar berkaitan tentera, pengunjung juga boleh mempelajari lebih tentang sejarah, senjata dan kenderaan tentera di pameran tersebut, yang boleh diakses menerusi komputer riba atau telefon bijak secara dalam talian sehingga 13 Disember.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How, yang melancarkan pameran itu berkata tentera Singapura telah berkembang dari permulaannya yang sederhana.



"Sepanjang 55 tahun lalu, tentera darat kita telah memberikan kekuatan dan keyakinan kepada Singapura dan warga Singapura, terutamanya dalam waktu krisis. Komitmen yang lama bertahan ini dicontohkan paling kebelakangan ini dalam perjuangan nasional kita melawan Covid-19," katanya dalam mesej yang telah dirakam sebelum ini.



Encik Heng berkata lebih daripada 5,000 kakitangan tentera tampil untuk menyumbang sewaktu pandemik ini, dalam bidang seperti penjejakan kontak, menjaga pekerja asing dan menyokong sistem penjagaan kesihatan.



Tentera darat kuat disebabkan komitmen anggotanya, dan sokongan awam bagi perkhidmatan nasional dan pertahanan nasional, katanya.



Bertemakan 'Keluarga Tentera Darat Kita', pameran itu meraikan jalinan kuat antara anggota perkhidmatan, serta bagaimana tentera rakyat ini berkembang maju atas sokongan keluarga dan awam, ujarnya.



"Apabila kita memasukkan seorang tentera, kita memasukkan seluruh keluarganya. Apabila anggota kerahan kita datang untuk ICT (latihan dalam kem), mereka melakukan demikian dengan pemahaman keluarga dan majikan mereka," katanya.



Beliau menambah bahawa pameran itu akan memberi penghormatan kepada kedua-dua askar dan orang yang menyokong mereka.



Pameran itu, yang ditubuhkan dalam sekitaran maya dalam bentuk sebuah rumah, menampilkan tujuh zon.



Pengunjung boleh klik di zon berbeza contohnya, pelantar terapung Marina Bay, untuk meneroka video, permainan dan panel maklumat.



Pameran Maya Army 55 boleh diakses di www.go.gov.sg/OurArmyFamily hingga 13 Disember 2020.



Untuk maklumat lanjut kunjungi www.facebook.com/OurSingaporeArmy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >